Followers

Tuesday, November 22, 2011

Hari ini dalam Hi tea


ni la muka terbaru aku
aku telah menghadirkan diri ke 
Hi-tea yang di program kan oleh 
BKGK sekolah aku

Hari ini dalam sejarah 
bila aku memberanikan diri menaik pentas untuk 
menyumbangkan lagu Rahimah Rahim
nasib berduet ngan mmber aku
klu aku sorg xkan aku jejak stage tu

darah gemuruh + pemalu dalam diri aku 
masih belum boleh aku singkirkan
walaupun dah 2 tahun aku di dalam bidang pendidikan

biar la ape org nak cakap 
yang penting hari ni 
amat bermakna dalam hdup aku
sbb aku telah mencuba 
mencuba sesuatu yang baru 
di dalam hidup aku...

Friday, November 18, 2011

Sedih seketika


Bila awok tengok icon ni 
sedih seketika plak awak rasakan
erm..terus awok melayan muzik2 separuh akhir malam ni

Thursday, November 17, 2011

Syukur 2008-2011





Ini lah sayang sy yang paling sy sayang skali

bermula dengan seorang kenalan 
bertukar menjadi kawan
kawan menjadi sahabat
sahabat menjadi teman
teman menjadi tunang
tunang menjadi suami...

Terima kasih toyang sebab
sudi menyunting diri ini menjadi penyeri hidup,
semoga perhubungan yang dibina selama 6 tahun ini
diserikan dengan kasih sayang yang berkekalan.

ya ALLAH murahkanlah rezeki Kami
sesungguhnya Kami menerima takdir 
dan ketentuanMU...aminn

Monday, November 14, 2011

Pahit tapi power



buah bukan seabrang buah
buah tunjuk ke langit
pahit bukan sebarang pahit
mengalahkan pahit kopi.
huh menjerit oo bile minum air ni
tp cukup bertenaga pas minum..hahahaha

Dilarang sama skali minum time 
pasangan jauh ye..wakakaka

Sunday, November 13, 2011

Sehari Semalam











hambik kau
bukan salah lens 
bukan salah kemera
pipi setambun

tak leh jadi ni
kene diet ni

dah macam mak anak 3 dah 
betui x kome?

Friday, November 11, 2011

Di hari 11/11/11

Memori seindah mimpi
mimpi seindah bulan
bulan seindah november
november seindah sebelas

hari ni sekolah aku 
sk *g ****, klang
telah mengadakan prgram 
sambutan hari kanak-kanak
menu ikhlas aku hari ni ialah nasik goreng seafood
seronok aku melihat anak didik ku makan masakan aku yg x seberapa itu
walaupun yg dapat menghadirkan diri hanyalah 8 orang
aku cukup gembira memberi hidangan kepada mereka
"cikgu doakan kamu semua berjaya akan datang ye!"

sepetang 11/11/11 banyak urusan yang perlu aku selesaikan
turut memenuhi janji ku pada temanku
terima kasih teman kerana sudi menemu janji dgn ku
terus ke terminal bersepadu selatan-bandar tasik selatan

sejurus menempuh destinasi berikutnya
ke ampang hilir
dengan tak sengaja menjerat kan diri ke tgh kota raya
arghhh..
nasib jem sket time je,

sejenak di ampang hilir,
hujan turun dengan lebatnya.
makcik aku nak wat tahlil esok
cuba meringgankan tulang menolong apa
yang patut..wlpun time tu 
penatnye aku rasakan..

Seketika menerjah shah alam 
menganto speedlite aku yg sakit
singgah sekejap menjamah makanan
dipetang hari...gurhhh kenyang

sesampai di rumah mengemas apa yg perlu
terlintas di bilik belakang terus 
tangan aku mencapai mic
terus aku 'sumbangkan' dipetang 11/11/11


mlm 11/11/11 aku nak balas sume 
balas sume negetif tidur aku.
ZZZZzzzzzzzzzzzzzZZZ

Tuesday, November 8, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA DEEPAVALI 2011


Minggu ni sume org sibuk pasal benda ni
events ni berlaku depan sekolah haku
sekolah haku jadi parking utk dorg2 yg dtg ke mjlis ni
yg lagi sonok hari khamis tu nnt
haku kene dtg sesi pagi 
pastu budak-budak aku sume x dtg pada hari kejadian
yuhuuuuu....

Monday, November 7, 2011

Raya Qurban+Haji 2011



“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

tarikh yang agak menarik untuk aku coretkan hari ini
doa yg aku palitkan sentiasa mengiringi hari haku
tak kira hari, bulan, tahun

semoga bulan yang kurangnya strees ini,
akan termakbulnya doa kami,
aminn..