Followers

Wednesday, December 28, 2011

Dua beradik








Friday, December 16, 2011

Untuk cucu wak surip






hasil aku yg telah aku perahkan sepenuhnya..
yg penting aku happy tgk budak2 ni happy time pkai baju ni
harap aku dapat join trip ni.
trip yg dah diplan setelah lamanya..
semoga apa yg dirancang berjln dgn lncar..
aminnn...

Tuesday, December 13, 2011

Penuh dengan tanda tanya


Buku ini adalah pemberian 
suamiku kepada ku pada 18/11/2011
sepulangnya dia jam 3 pagi 
dia memberikan naskah ini 

seawal pagi aku bangun
aku melihat judul buku pemberian dia
aku mengerutkan dahi
tertanya-tanya
"kenapa dia memberi buku ni pada aku??"
dengan perasaan pelik aku membelek2 isi kandungan buku ni..
ape pun tq toyang
syg toyang mucuk


dalam hati 
buang tebiat ape laki aku ni huhuhuhu

Minggu ke-7

Post ni aku tulis semasa kandungan baru nak masuk 7minggu
tekak aku teringin makan buah salah,
tercari-cari sekitar shah alam, klang buah salak
akhirnya jumpe gak..
tp kecik, bila kecik rasa buah salak ni kelat.
aku pun menelan seulas
risaukan getak/kekelatan memudaratkan 
diri aku...

minggu ni kami dan toyang merancang
untuk membuat pengesahan di klinik berhampiran
Setiba di hospital DEMC 
aku di beri cadangan beberapa org doktor
aku memilih Doktor Zamri..kekekeke

Masuk bilik doktor
aku merasa jantung ku bagai nak runtuh
risau kandungan ku bermasalah 

syukur kandungan aku ok
baby pun berada dikedudukan yang sepatutnya
ALHAMDULIILAH


Saturday, December 10, 2011

Yang dicari-cari


أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)


Setelah lama mencari-cari
hari ini
akhirnye dpt jugak ku temui 
wangian yg diidamkan
gembira sgt!

Thursday, December 8, 2011

Minggu ke-6

Bangun seawal pagi perut ku mesti meronta-ronta mahukan makanan
berbeza dari minggu sebelum ni,
aku mula merasa geli 
melihat makanan di depanku
tp ku cuba juga untuk menelan satu persatu
cuma menunaikan kehendak perutku
yang meronta-ronta meminta makanan.

Sesuatu yang lain turut ku lihat dari segi fizikal ku,
tubuh badanku semakin mengembang
kawasan perempuan ku menunjukkan kenaikkan yang drastik
kenaikkan disertai kesakitan.

Perasaan ku menjadi sorang yang sangat sensitif
semasa makan aku memerlukan dia menemani aku
semasa aku pening aku memerlukan dia disisi aku
senang untuk aku menitiskan air mata jika dia tiada...
sangat perempuan aku di minggu ini..kekekeke..


ini lah hasil buatan orang terhadap aku..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
akhirnya
termakbul jugak doa hambaMU..






Inilah dugaan yang maha ESA
aku harus berdoa dan tabah menghadapi hari-hari mendatang





Minggu ke-5

Minggu ni perbezaan paling ketara dalam dri aku
yang sememangnye aku seorg yang kuat makan
lagi bertambah kuat makan...kekeke
selera bertambah-tambah
sehinggakan aku 
terkene gestrik.
siang aku makan secukupnye, selepas mgrib perut ku dah mula
berputar-putar kepedihan
aku pun mencari makanan tekak ku teringin makan bihun sup
ya ALLAH 
dalam fikiran ku tertanya-tnya kenapa aku masih lapar??
habis semangkuk binun sup aku makan 
tapi perut ku masih lapar lagik..
setibanya di rumah aku menerjah 
bungkusan roti yang ku beli td,
ku sapukan jem dan selamat 4 keping aku makan
baru perut ku lega sepunuhnya,

tepat jam 12.30 aku melenakan diri 
tiba-tiba mata ku terjaga pada jam 3.30 mlm 
perut ku bergendang mahukan makanan
aduiii bangun lah tubuh ni mencari makanan yg ade di dapur
aku sapukan jem ke roti 
lega perut ni..

nak ku sambung lenaku tapi tak terdaya
mata ku cerah bulat bagaikan disiang hari.
terdetik difikiran ku 
apakah ini??


Wednesday, December 7, 2011

Minggu ke-4

Sesuatu yang berlainan telah terjadi 
pada fizikal ku minggu ke-4 ni,
lelangit ku,lidahku
semua diserang ulser.
bayangkan lidah ku kiri dan kanan,
lelangit depan, tengah, belakang sume berulser
betapa seksanya aku nak menelan makanan.
Kepala ku bagai dihentak batu bebanan yang sangat berat
betapa sakitnya kepala ku minggu ni..
org kata ini lah kekuasaan yg maha ESA
sesuatu permulaan perit berpengalaman bagi ku.