Followers

Monday, September 30, 2013

S A K I T

Syukur Alhamdulillah kesihatan yang semakin ketara positif bulan ini....
kebiasaannya iols akan makan pain killer diawal cycle iols sebab sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu
1st week kompom2 iols akan amik sehari max 8 biji kebawah....gila x gila...
syukur hari ni hari ke 4 cycle iols hanya max 2 utk hari ke 2 dan hari petama hanya 1...
iols berharap semoga Allah menunaikan doa iols supaya sembuh seperti sedia kala...
walaupun bulan ini belom rezeki untuk iols
tapi iols bersyukur iols x telan pil bulan ni seperti kebiasaan...

pada 2nd day cycle iols pergi ke BARAKAH hospital specialist sakit puan 
untuk mendapatkan rawatan seterusnya
pagi tu (hari ke 2 cycle) iols rasa tonggeng tebalik di atas katil
menahan sakit ALLAH sahaja yang tau
sebelum ke hospitla iols call klinik untuk memastikan doc ade x kat hsptal
alhdulillah rezeki kali ni iols dapat bejumpa ngan doc SITI MARIAM 

setiba di kaunter pendaftaran iols baris terus di sofa 
(lantak la org nak ckp pe) mmg time tu sakit gile
iols menunggu giliran lagi 2 patient 
masuk je ke bilik doc iols terus terbaring atas meja doc...time tu x pikir ape dah
doc cek history iols...
doc terus pgg badan iols dan tnya knp berpeluh2 
padahal dalam ekon kot
"doc sy sakit sgt skrg x tahan dah kaki krem pinggang cam nk patah"
ok skrg baring sy akan bg injection kt @$%^&*((&$# awak...

setelah mendapat nasihat daripada doc 
doc suh amalkan diet yang diberi
lebihkan ulam, buah2an 
dan JANGAN MAKAN AYAM

erm....pe pun try je la doc bg jaminan sebulan klu iols amalkan semuanya
next cycle iols akan smbuh...
kali ini iols kene gigihkan diri untuk mengikuti nasihat doc..
rasa x tertanggung kesakitan setiap bulan begini...

YA ALLAH YA TUHANKU 
KAU SEMBUKANLAH PENYAKITKU
KAU BERKATILAH USAHA AKU SELAMA INI
KAU KURNIAHKANLAH ZURIAT KEPADA HAMBAMU INI
JANGANLAH KAU MEMBIARKAN KAMI TIDAK BERTEMAN YA ALLAH.


*thanks sume yang telah mendoakan iols
hanya ALLAH mampu membalas jasa uols...


Sunday, September 29, 2013

TEMAN PENGGANTI


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya

Kau cari teman pengganti


*Bila karok lagu ni terasa sedih sangat
time tarik "aku kan pergi xkan kembali" tu..
meremang bulu buru iols....
pe pun enjoy karok td sbb berduet ngan abby...

Friday, September 20, 2013

Familyday keje




Hari ni dlm sejarah aku membantu member menguruskan pogram sekolah....fmlyday... Pengalaman yg ada aku guna utk menguruskan program ni dengan cemerlang. Org kata Genggam api biar menjadi bara kan...bab program begini mmg aku minat gile menguruskan dari A smpai la ke Z. Lagi menyeronokkan bila rakan2 memberikan kerjasama yg baik. Tqvm pren bila program bejaya iols janji iols blenje uols...
Walaupun org kata x semewah dari fmlyday org lain tp aku bangga dengan usaha yg telah aku lakukan. Adatlah mane2 pun mst de poblem. Ape yg penting jgn glabah...cool zurah...cool...
Ok lah nk tidur x sabar nk konvoi esok...