Followers

Tuesday, October 29, 2013

New business

Bermula minatnya terhadap lollipop timbul le minat iols dlm bidang business ini. Org kata dimana ade kemahuan disitu ade jalan. So iols pun mula mengutip dan mengumpul utk memulakan biz iols ini. Pe yg paling best iols dapat sokongan daripada org sekeliling...adik brdik,somi,dan rakan2...ini membuatkan lagi iols bersemangat untuk menjalankan biz ini...alhmdulillah 1st biz iols akan bermula pada jumaat ini. Pelanggan iols kali ini murid sekolah iols sendiri. Iols telah mendapat persetujuan daripada GB iols menjalankan biz ini dlm prgram Hari Kanak2 di sekolah iols. Syukur.....pe yg iols harapkan sume yg dirancang berjalan dengan jayanya...dan semoga rezeki iols dan kawab2 akan betambah...klu ade job cuti sekolah ni insyallah iols akan jemput uols utk join... Erm... X sabar rasanya utk memulakan sesuatu yang baru dlm hidup iols... Mcm perasaan malam pertama jek..hahahaha... Oklah.. Selamat malam kepada follower iols...semoga kalian gembira membaca entry iols yg jarang2 dan kadang2 nih.....hehehe














Sunday, October 13, 2013

EGOIST

Istilah yg x lari di dalam setiap diri manusia..cuma tinggi dan rendahnya terpulang pada individu mengawalnya...bg iols ego tinggi mane pun klu x hormat dengan org yg lebih tua, ade eloknya ego tersebut dibuang jauh2..hidup hanya sementara x perlu nk meninggi diri klu dah diri itu tau akan kekurungan.. Di mana silapnya??
Iols selalu berdoa supaya iols dihindari daripada gologan manusia yg mempunyai hasat denggi, busuk hati dan sebagainya... Dan iols slalu betanya rakan2 sejawat iols adakah iols di dalam golongan itu... Jika ia iols mohon rakan2 perbetulkan sebelum ianya menjadi makin parah...


Friday, October 11, 2013

HARIKU

Sehari dua ni rasa cam letih sangat...memerlukan masa utk reward diri sendiri... Rasa x sabar nk g holiday next week... Biarlah x sejauh mane pun yg penting holiday... X sabar nk jejakkan kaki ke pulau itu lagi...
Hari ni pagi lagi iols dah mulakan tugasan diluar rutin harian...jam 10pagi iols ke sekolah agama taufiq utk bgtau dia yg angah dia kuar dan balik lewat. Sampai sekolah lewat plak kwn iols tu turun. Biasa lah janji melayu. Kekadang menunggu ni la yg membosankan. So iols terus gerak ke destinasi...setiba di GM iols terus menuju ke kedai t-shirt... Tshirt hijau dan kuning telah dipilih... :) untuk prgram qurban undrr BKGK dan kem sekolah... Alhmdulillah belian kali ni iols dpt murah dan iols disuggest menjadi agen...hahaha... Pe istimewanya?? Istimewanya wlpn bkn happy hour iols ttp dpt diskaun..contohnya kak tu kata tshirt RM10 iols bleh tp RM4.50...haha muka bisnes betul kwn iols ckp. Syrat nk jd agen mst la ade SSM.. So iols guna SSM abby iols...terus mmbr iols ckp 'Ko bukak la biz printing baju.,pasni print ngan ko je sng'...owh tidakkk...iols jd agen utk memudahkan iols dan keluarga membeli tshrt utk prgram seterusnya...utk keje pun bleh... "rezeki yg ada harus dikongsi bersama" betul x? Insyallah xkan miskin klu kita tolong atau bersedekah....alhmdulillah tshrt telah selamat dihantar utk dicetak iols jimat rm20 hri ini tuk 30tshrt prgram qurban hari ini...dijangka tshrt siap pada hari isnin...
Sampai dirumah iols terus amik taufiq dirumah jiran iols...dan terus bersiap ke sekolah...setiba disekolah iols de meting 1m 1s. Igtkan start kul 2.30..iols ponteng kelas hari nih...huhuhu buruk perangai...hari ni abam muhan belikan iols MCD...yeahh...abam belikan adk burger...setiap kali call iols mest abam muhan pggil iols adik siht ke? Kat mane ko dik? Adik pun adik la...ok gak tuh utk mengelakkan gosip2 yg ade. Cukup2 la gosip bertengkek2 yg iols penah dpt slama ni...ssh kita nk ttp mulut semua org kan...kita rasa bnda yg kita buat tu biasa tp org anggap lain... Iols nk kata apa kan xkan nk ubah sikap atau pegerakkan iols yg slama ni mmg iols layan sume kawan2 sama kan... Sbb pe iols anggap kwn2 ni laki pompan sama..cuma bab2 tertentu je x boleh dikongsi bersama...
Balik umah hari ni iols dihidangkan menu baru...nk kata masak ape pun xtau...sbb abby iols suka masak sesuatu yg baru atau pelik. Yg peliknya menu dia menjadi...hahaha...blasah je la abby...syg ttp makan pe yg abby masak...
Tajuj wasap mlm ni agak bedesup sedikit mengenai tajuk rewang qurban...macam2 la dorg ni...yela lain org lain cara..pe yy iols tau iols bahagian peralatan...kuali periuk belanga sume iols setelkan...tu sume jgn risau sbb iols berpengalaman handle prgram rewang fmlyday time keje di kemtrian dulu...
So dipendekkan cite hari ni...iols perasan ramai rupanya org2 sekeliling iols syg akan iols...terutamanya kekawan... Hilang sekejap masalah dikepala bila org2 sekeliking menyanyngi kita...


Tuesday, October 8, 2013

ANDAI ITU TAKDIRNYA...

Photo: alhamdulillah...anak ibu chat


Terkejut dengan status member iols malam ni
Syukur alhamdulillah rezeki dia.
Iols terus PM member iols ni untuk bertanyakan pengalaman dan rawatan yang telah dilakukan.
Penantian hampir 8tahun katanya...
sehingga la doktor memberi tahu dia TIDAK BOLEH HAMIL!!!
rawatan IUI telah dilakukan sebanyak 3 kali 
selepas hbs rawatan keli ke 3 dia disahkan mengidap penyakit tirod.
perancangan awal untuk amik anak angkt telah mndpat kata sepakat dari kedua2 belah pihak.
menurutnya sebulan selepas mengambil anak angkat dia disahkan MENGANDUNG!!
Besarnya kekuasaanNYA..
Malam ni iols mendapat semangat baru dan nekad utk meneruskan niat 
mengambil anak angkat (sah taraf)
dia menyuruh iols daftar di jab. kebajikan untuk mengambil anak angkt.
selepas chat dengan mmber iols ni, iols terus myuruh husband iols 
menghubungi mmbernya yang mengambil anak angkt tahun lepas (anak org susah)
dengan kecewanya dia bgtau bulan lepas baru dia memberi bby kepada rakannya
dengan alasan dia tidak tau yang kami juga mempunyai niat yang sama sepertinya..
YA ALLAH...Iols cuma pikir positif, ini semua sudah suratanNYA.
Telah tertulis takdir iols belum ade rezeki untuk menerima anak angkat.
Andai itu takdirnya iols redha dan pasrah dengan ketentuan illahi
tak semua apa yang kita idamkan akan menjadi milik kita
dan tak kesemua yang kita mahu akan kita kecapi
wang , duit, kereta , pakaian harta semua boleh dicari
tetapi rezeki yang terindah ini hanya mampu 
diberi olehNYA.

BUSINESS

Bercerita tentang business atau perniagaan iols ingin berkongsi pengalaman.
Malam ni rasa berminat dengan tajuk chating ngan pren iols mengenai perniagaan.
iols dilahirkan dari keluarga yang mempunyai perniagaan walaupun kecil-kecilan.
seceliknya iols di dunia iols didedahkan mengenai perniagaan.
bonda iols sendiri memang seorg tukang jahit dan peniaga kedai makan.
time sekolah rendah iols akan membantu mak iols membuat kuih-muih untuk dijual.
semasa di sekolah menengah bonda iols membuka perniagaan kedai makan di pekan sungai besar (time tu masih hidup di dalam 1 keluarga lengkap) 
setiap hari balik sekolah iols akan bantu bonda iols menghantar nasi ayam yang telah dimasak.
pelanggan kedai kami adalah cikgu2 iols sndiri..jadi iols mmg rapat dengan cikgu2 iols dari bangku sekolah lagi...
Arwah abah iols plak seorang peniaga dimana membawa hasil laut untuk dijual di restoran2 sekitar kuala lumpur. iols sering mengikut arwahabah dalam uruskan perniagaannya.
Apabila iols menerima suratan takdir (mak & abah berpisah) iols dibiasakan belajar sambil bekerja.
disebelah pagi iols akan sekolah dan disebelah petang iols akan bekerja untuk membantu bonda iols
so iols sedikit sebanyak mempelajari teknik peniagaan semasa bekerja di sebelah petang.
semasa bersekolah di tingkatan 6 iols akan bekerja di stesyen minyak untuk membantu bonda iols,
oleh itu sebarang kelas tamabahan yg diadakan semasa cuti sekolah iols tidak akan hadir.
pelbagai pengalaman telah iols pelajari 
termsuk mengira harga minyak, kualiti minyak, jenis minyak.
dan mempelajari teknik claim abg2 lori besar...(men tipu dorg ni, isi sket claim lebih ek..hahaha)
Diperingkat universiti plak iols menjalankan perniagaan 'angkut org' ke mane2 tempat (jadik driver la pendek citer) dan menjual topup yg telah diusahakan oleh abg angkt iols..tolong jual kt block dan kelas jer. 
Masuk di alam pekerjaan iols bekerja di sebuah compny cina yang mengusahakan ready mix simen.
Di sini lah iols byk menimba pengalaman. tabik dengan cara kerja cina yang lebih teliti dan kedekut..hahaha... 
So pengalaman bekerja di compny cina ini iols telah praktikkan di cmpny husband iols skrg.
Di mana peringkat awal kami memang menerima pelbagai ujian. Namun iols dan husband ttp berpegang pada Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
Syukur alhamdulillah iols sekarang amat bersyukur dengan rezeki yang telah ALLAH berikan kepada kami. Miskipun rezeki ZURIAT masih belum kami terima, kami pasrah pe yang terjadi ini semua mempunyai hikmah yang tersendiri.

walaubgaimanapun Iols suka berkongsi rezeki iols bersama ahli keluarga dan rakan2..iols berharap perniagaan kami akan terus mendapat berkat dan akan bertambah maju...



Islam pandang tinggi pada 
peniaga dan usahawan.


Monday, October 7, 2013

KEBAHAGIAAN

1. Jangan Takut dan Khawatir

Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam

Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah

Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda

Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan

Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu

Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik

Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda

Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu

Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.

senyum bahagia

TINGKATKAN KESUBURAN

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. 2. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

 Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.

Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.


Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Minum sebelum sarapan dan sebelum makan malam.
Bagi mereka yang sedang mencuba untuk hamil, buat juz papaya dan nenas dan minum setiap pagi dan malam mulai hari pertama hingga hari ke sepuloh pusingan haid. Mulai hari ke11  minum juz apel dan carrot.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus .
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice. Lepas sarapan minum satu sudu Minyak Kelapa Dara.(VCO)


7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau atau teh herbal . Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut. Cuba amalkan minum Teh Mas Cotek bagi mereka yang ada endometriosis, fibroid atau adenomyosis.


****SUMBER Dr Hamid Arsad, pakar sakit puan

Wednesday, October 2, 2013

Yakin Boleh!!!!

Bila terbaca status specialist sakit puan yg terkenal ni....iols rasa lega sgt...boleh la sedapkan hati...nk ngis pun ade rasanya bila dpt baca berita camni...sumenya kuasa ALLAH... InsyaALLAH aku yakin aku boleh....aku boleh!!!