Followers

Saturday, March 29, 2014

DINNER 2013 COWBOY


Iols pun x pasan kenapa post ni iols bleh termiss
post yg iols akan igt smpi bila2
syukur alhamdulillah iols berjaya menjalankan amanah yang telah diberikan kepada iols.
dengan kerjasama dari kawan-kawan , sahabat dan keluarga iols 
iols rasa iols tidak akan berjaya menjayakan majlis gilang gemilang 
yang mejadi tanda igtan oleh warga SKKJ2

Bila bosan ke atau xtau wat pe iols suka sngat tengok pict ni 
sebab pict ini akan mengingatkan iols setiap perjalanan majlis pada hari tersebut.
kerja gila mane taknya persediaan utk dinner memakan masa lebih kurang 1bulan
terima kasih yg tidak terhingga pada habi iols
yang mmberi sokongan 100% pada iols
walaupun keadaan kesihatan iols tidak berapa mengizinkan pada kejadian tersebut
tp alhmdulilah syukur....

Malam kejadian iols berjaya mengekalkan kejuaraan iols "best dress"
atau pun cowgirl...
dan kejutan yg iols sendiri x sangka daripada ahli 
iaitu anugerah kecemerlangan utk perkhidmatan dalam BKGK




terima kasih lagi sekali kepada mereka2 yg telah bnyak membantu iols 
tak kira disegi tenaga, duit, dan sokongan semangat.
tanpa anda siapa la sy...heeeee

ABC

 Pepagi lagi dah pusing mencari car wash yang sesuai untuk mencucikan mr adam iols nih...
bercadang nak cuci belakang BP cuci pakai mesin jer, bukan pe menjimatkan masa...
walaupun x berapa nk bersih tetapi menjimatkan masa iols..
tengok2 car wash still tutup lagi. mybe iols kuar terlalu awal.
iols ke giant sbb bese gak cuci situ sbb wujudnya mesin cucian tu.
bleh plak dorg wat pakej utk hari sabtu ahad..
iols nk cuci bese diorg x bagi....pe dah.. men paksa2 org lak kan...
iols pun blah mencari car wash di sekitar rumah iols
baru iols teringat car wash yg baru dibuka kat sebelah econsave.
x kira la melayu ke cina ke india ke asal kete iols bersih...
smpi sane iols tersenyum melihat banner car wash tu warna pink
" snow wash girl"
dalam hati, aik pompan plak ke tukang cuci ni...ok gak klu pompan kan... 
rupa-rupanya owner dia pompan... dan melayu...
ok la sokong biz melayu kan...
iols cuci dan polish bumber belakang yg tercalar oleh oleh tah sape2 tah.
dan termasuk habi iols sndiri.. mentang2 bkn kete dia ek..ooooo
ok la mu9rah cucian luar dalam dan polish yg diwat kemas dan cantik dengan harga RM20
sngat berbaloi... dan iols diberika kad cupon utk cucian free selepas free 5kali.

 Destinasi seterusnya menikmati melayani perasaan dengan manisan nih
pergh...kata ko mmg ngences laaa....
next time bleh g bawak fmly atau kekawan yg mengidam nak makan ABC sedap.
iols selama ni tercari2 gak ABC yg sedap dan complet ramuanya.
Iols di suggest teman ni oleh rakan sekerja iols...
pe pun terima kasih kepada en  moka kerana telah menunjukan kedai ini...
mood happy sepanjang hari kerana pe yg diingini tecapai...
bangun pagi seawal 5.15 pagi terus terbayangkan ABC ni 
dan terus iola wasap en moka bertanyakan kedai ni bukak pukul bape,....
pe pun syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih diberi peluang untuk menikmati 
kesedapan sementara di dunia ini....
semoga iols akan terus sihat seperti hari ini di masa akan datang....
dan juga di murahkan rezeki...
aaminn...

Tuesday, March 25, 2014

Selamat Hari Jadi Alya







hari ni genap setahun umur alya maisara
angah doakan semoga alya menjadi anak yang solehah...
nasib jauh klu x iols gigit2 budak nih...
rindu pun ade...
macam nk ke sane gak skrg nk gi cium2 mulut dia...
tetiba plak x sabar nk tgk muka anak sendiri
mcmane la ek muka anak iols nnt
harap sweets cam iols kekekekeke

CAMERON


cameron lagi...
last iols g cameron bersama2 fmly habi iols rasanya thn 2013..
then tahun sebelum tu tahun 2010
masa tu mk iols teringin nk g cameron sbb x penah g
nak dijadikan citer plan mula2 nak g fraser hill
tp disebbkan fully book
kami menukar destinasi percutian.
call hotel yg penah iols stay " maaf puan fully book"
then iolg tgk kat booking.com
tgk de 1 room left..
iols terus book guna card credit habi.
x plan pun nak gerak dari mane dan nk g bila
baik dari keje malam jumaat tu habi ajak terus blk kg
dengan x packing pe2 iols terus capai travel bag 
masukan je pe yg teringat dan tercapai
dalam hati cakap xpe...nnt klu xde beli jek..huhu
alhmdulillah lepas makan di kapar kami menuju blk kg.
sepagi di kg kami mulakan pergerakan jam 1.30 ptg
perjalanan mengambil masa selama 4jam dari sungai besar, sbb pe? sbb jln jem
cuti sekolah kan...mane2 tempat pon penuh dengan orang 
membawa fmly berholiday.
setiba di sane kami terus cek in....ini la gmbar iols sesampai di hotel...
mlm kami bejalan kaki ke pasar mlm memborong pe yg patut
jaugung, sayur, dan lain2
AHAD
kami menuju ke taman rose sehaluan jln pulang ke kg
otw blik pon jem 
disebabkan jln di cameron ni jem
kami membatalkan plan utuk pusing2 area cameron...
iols menuju balik kg dan smpi di kg lebih kurang jam 4.30
setiba di kg kami menjamah makanan yg dimasak oleh mak
dan iols masak sayur asparagus yg di beli mlm td...
kenyang dah mula cam boya...
tidur jap...
gerak blk klang selpas mgrib pukul 7.30petang
syukur holiday kali ni kami selamat pergi dan pulang....