Bagaimana
kita boleh tahu suami atau isteri kita curang?
Bagaimana
tanda curang tersebut?
Apakah
yang perlu dilakukan jika terbukti curang?
Langit
tidak selalunya cerah.
1.
TANYA DIRI
Apabila
suami atau isteri sah berlaku curang di belakang pasangan, kumpul kekuatan
untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap
rasional.
Tanyakan
kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama.
Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun
pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau
perlu mengalah saja.
2.
JALANI KAUNSELING
Ada
isteri nekad berpisah. Tetapi masih ada juga yang bermurah hati menerima
kesilapan suami demi anak-anak. Apabila anda berhasrat meneruskan hubungan,
berjumpalah dengan pakar kaunseling untuk berbincang secara terbuka dan
mendapatkan pandangan.
Menerusi
kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan
masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubungan
suami isteri yang boleh dibaiki.
Lazimnya,
kes kecurangan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh
daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting
dalam membina perkahwinan bahagia.
3.
KONGSI MASALAH DENGAN IBU BAPA
Sebagai
anak, ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan meraih kembali
sokongan sebelum bangkit semula. Nilai nasihat yang mereka beri sebaiknya. Ibu
bapa yang bijaksana akan bersikap neutral. Mereka tidak akan mengapi-apikan
hubungan anak-anak, sebaliknya memberi nasihat membina.
4.
PERGI BERCUTI
Tenangkan
fikiran dan cari semula kekuatan diri. Jika berkemampuan, pergilah mengerjakan
ibadah umrah. Di sana anda boleh mengadu kepada Allah SWT sepuasnya, memohon
keampunan-Nya, bermuhasabah diri, memikirkan kembali keputusan yang bakal
diambil dan mencari ketenangan berharga.
Dalam
tempoh ini juga, fikirkan kembali niat sama ada mahu meneruskan perkahwinan
atau berpisah. Jika hati nekad mahu bercerai, ambil tahu proses yang perlu
dilalui sehingga semua selesai. Ambil kira hasil perceraian itu nanti termasuk
emosi anak, kehidupannya dan perbelanjaan yang wajib dilunaskan mengikut
persetujuan mahkamah.
Bagaimanapun
jika bajet kecil, pergilah ke mana-mana destinasi dekat supaya anda boleh
bertenang dan berfikir panjang. Di negara kita sendiri ada banyak masjid cantik
yang menyediakan ruang solat Muslimat yang selesa untuk anda menyendiri dalam
suasana selamat dan menenangkan.
5.
KEMBALI KEPADA ALLAH SWT
Mereka
yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT
serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban
dengan mainan emosi.
Berbeza
dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit
masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah
SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.