SYUKUR alhamdulillah kehadratNya
berbuka pose hari ni di sini
reseki yang diperolehi akan dikongsi bersama yang tersayang...
terima kasih TUHAN kerana Kau telah
menganugerahkan aku ia...
“Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok.” (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama).“Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna.“Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat. Kami bukan kahwin lari sebab keluarga saya dan keluarga Sakinah ada sekali masa kami nikah.”“Sebelum saya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi saya sudah bertanya dan meminta nasihat dengan pelbagai pihak termasuklah ustaz, pakar kaunseling dan ramai lagi.“Saya mahu jaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai. Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya.” jelas Ashraf Muslim.
“Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat,” kata Ashraf yang mengakui kesilapannya.“Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama,” sambung Ashraf lagi.