Followers
Saturday, August 25, 2018
Monday, May 28, 2018
Puasa Tahun Ini
Posted by AMS at 6:48 AM
Puasa kali ini
puasa tahun ini
sangat berbeza dengan tahun sebelum ini.
Puasa tahun ni wajib baca niat puasa sebelum tidur.
Dia
Mengajar menghafal niat dengan tajwid
Dia
Mendengar setiap hari lafaz niat puasa ini
Dia
Mengingatkan tentang niat puasa
Dia
Mengajar segalanya tentang puasa
ALHAMDULILLAH
AKU INGIN MENULIS
Posted by AMS at 6:22 AM
Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Tuesday, May 1, 2018
BFF VS TEMAN TAPI MESRA
Posted by AMS at 7:42 PM
Semalam merupakan date aku dapat kawan baik terbaik yang baru.
Alhamdulillah beliau tempat aku meluahkan masalah.
Tempat berkongsi segala-galanya.
Terasa
BAHAGIA
HAPPY
Kerana ada tempat luahan yang aku boleh percayai
SYUKUR
Mungkin inilah takdir yang telah diatur oleh ALLAH
kerana beliau hadir kena pada masanya.
Minat kami kesukaan kami banyak yang sama.
Kami mempunyai keserasian.
Dia selesa untuk bercerita dengan aku dan
Aku pon senang bercerita dengan beliau.
Aku harap hubungan aku dengan beliau akan berkekalan selamanya.
Aku sayang BFF.
Thursday, April 19, 2018
Perasaan sayang tiba-tiba
Posted by AMS at 11:35 PM
Malam ni terpanggil untuk meluahkan perasaan sayang yang entah kenapa wujud dalam hati ini.
Entah kenapa asyik memikirkan pasal beliau.
Adakah perasaan dicipta supaya aku berubah menuju pintu taubat?
yes! aku kagum dengan kehebatan beliau, cara beliau, cara kerja beliau.
sayang aku pada dia seperti sayang pada adik beradik aku.
Adakah beliau sebagai idola aku? atau sebagai peransang motivasi aku?
Tp.... kenapa? kenapa hati ini asyik nak pikir nama dia?
kenapa harus ada perasaan rindu pada beliau?
Bagaimana nk hapuskan perasaan sayang ni kepada beliau?
Ya Allah jika ianya memberikan kebaikkan kepada diriku
kau berikan aku pertunjukMu.
Jika perasaan ini akan menggangu kehidupannya kau bimbinglah aku.
Tuesday, March 27, 2018
VIETNAM
Posted by AMS at 7:53 PM
MARCH 2018
Trip bersama-sama geng makcik bawang
Kali ni kami pergi berenam
pergi selama 3 hari
jumaat-ahad
16/3/2018-18/3/2018
BERHATI-HATI BILA MEMBELI KAIN PASANG DI BEN THAN MARKET DI KEDAI INI.
Penipuan dengan pengiraan mata wang yang berbeza membuatkan wanita ini mudah menipu pembeli yang membeli dikedainya...


KRABI
Posted by AMS at 7:45 PM
FEB 2018
Kali ke 2 kami menjejakkan kaki ke negara jiran iaitu Thailand.
Kali ni pergi ngan group lain.
14/2/2018-18/2/2018
14 feb kami bergerak dari Klang berkonvoi menuju ke Kedah,
sampai di Kedah kami bermalam di rumah kawan.
smpi di rumah kedua ibu bapa member kami tu pada jam 2pagi.
15 FEB
kami menuju ke sempadan negara Thailand pada jam 9 pagi.
setiba disana kami disambut oleh agen yang membawa kami masuk ke negara Thai
Alhamdulillah urusan dipermudahkan,
perjalanan dari sempadan mengambil masa lebih kurang 6 jam.
sebanyak 6 buah kereta menyertai konvoi kali ini.
setiba di krabi kami menuju ke Pantai Aa noang.
16 FEB
aktiviti hopping.
Tuesday, January 30, 2018
2018
Posted by AMS at 12:11 AM
Alhamdulillah
Diberikan kehidupan yang sihat
Diberikan insan2 yang sentiasa menyayangi diri ini.
Terima kasih ALLAH
Terima kasih MAK
Terima kasih SUAMI
Azam 2018 akan cuba tidak MC
Bila kita sihat banyak benda kita boleh buat tanpa halangan.
Dengan semangat dan kesihatan yang diberikan aku akan sedaya upaya memberi komitmen dalam bidang kerjayaku.
Tahun ni kat sekolah x banyak jawatan penting yang aku pegang,
cuma agak mencabar jawatan ahli Kelab Guru.
Dah orang lantik kita jadi kita cuba sedaya upaya memuaskan hati mereka2 yang bijak lagi pandai.
Aku dilantik handle jamuan makan malam.
Cam biasa kepala ni ligat memikirkan tema dan tempat untuk dibuat hujung tahun ni.
Aku harap aku boleh buat cam dulu.
Dengan sokongan kawan2...insyaAllah #siscuba
Bab berat badan plak
Awal tahun ni berat badan paling berat sepanjang kehidupan aku didunia.
arghhhh..... ha tu la makan sedap kan
sebab dah sihat
hati senang
lupa dah nak jaga berat badan kan!!
Ok kita mula dari awal
mulakan dengan penjagaan makan dan exercise konsisten dan ikut jadual.
kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan.
xper belum cuba belum tahu.
klu dulu boleh skrg mst boleh punya kan?
Bab perancangan yang dah lama aku rancang mengenai memiliki rumah/tanah sebanyak mungkin
Alhamdulillah mula menampakkan hasil.
Memang, memang susah nak jadi senang.
Banyak jugak dugaan dan ujian kami tempuhi sepanjang perjalanan memilikinya.
Suka duka perit sakit hanya Allah yang tahu
Orang nampak kami "wahhh untung la byk rumah sewa..masyukk"
tapi sebaliknya berdua korek sana sini memikirkan cara nak selesaikan masalah.
Pengalaman mengajar kita, dari pengalaman kita tahu dimana kelemahan kita.
Habis otai2 hartanah aku pm, aku kaji sana sini,
merapatkan diri dengan lawyer dengan orang2 berilmu bab hartanah
Akhrinya pada umur 33 tahun aku & suami memiliki 7 buah rumah.
2018 tahun untuk bertenang
insyaALLah ada rezeki 2019 kita mula semula.
Bab anak pulak
Anak syurga kami makin membesar.
Hanya kami sahaja yang memahai kehendak dia.
Kami redo atas ketentuan Allah
Banyak yang diberi kepada kami
Banyak jugak yang kami laburkan untuknya
MASA, TENAGA, KESABARAN
Hanya mengharapkan KEAJIBAN dari illahi wahai Tuah
Mama Papa SANGGUP berkorban bersusah payah untukmu sayang
Biarlah apa orang nak kata pasal Tuah.
Kami pekakkan telingan, berlapang dada.
Telan dan hadam.
Bab keluarga pula,
Suka duka 2017 , bapak mertua aku disahkan pengidap kenser hati stge 4.
Masa tu kami sekeluarga sedih dan pilu untuk menerima pengesahkan tersebut.
Mana tak nya abah sorg yang kuat
sorg yang baik, tiba2 jatuh terduduk.
Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH
apa yang terjadi mesti ada hikmah. Ya mesti.
Subscribe to:
Posts (Atom)