Followers

Monday, January 30, 2012

New members in Hayon Ganeration


masjid Universiti Teknologi Petronas, sri iskandar 

makcu, mama, oyen, aku, auntie ezzah & auntie ida..i love u all..muaaaah

 ini konon wat gambo ala baba dan nyonya...kelakar tul tgk gambo ni

Wednesday, January 18, 2012

Suria baja 855


lama x merempit ni..
pas dah baik pantang baru la berani 
nak megangkat kaki duduk kat seat moto toyang
satu hari nnt aku akan bawak motor ni
tungguuuu.... :P

Thursday, January 5, 2012

Asal usul solat

Subuh

Orang yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala ia keluar dari
syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan ia berasatakut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakkat.

Rakaat pertama: bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat kedua: bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu
tatkala Allah swt telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya
Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincirnya matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : bersyukur ia bagi penebusan.
Rakaat kedua : bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
Rakaat ketiga : bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah swt.
Rakaat keempat : bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

Asar

Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. 
Maka bersyukurlah Nabi Yunus bersembahyang empat
rakaat kerana Allah telah menyelamatkannya dari empat kegelapan.

Rakaat pertama : kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : kelam dengan malam.
Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ini ialah Nabi Isa a.s.tatkala ia dikeluarkan
oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang tiga rakaat kerana terselamat
daripada kejahilan itu.

Rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain Allah.
Rakaat kedua : untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang dituduh telah melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah yang
tiada dua atau tiga.

Isyak

Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. 
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. 
Lalu Allah menghilangkan segala perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : : dukacita terhadap anak Firaun.