Followers

Saturday, July 30, 2016

Raya 2016





Syukur kehadrat illahi
raya tahun ini kami raya ber3
mama sayang semua....

Aset Baharu


23/7/2016 termatrilah satu peristiwa 
Aku wat keputusan untuk membeli rumah baru 
rumah yang tidak jauh dari rumah yang aku duduk skarang

Mulanya saja bertanya kepada rakan sekerja mengenai rumah 
sembang punya sembang cikgu diana kata dia ada membeli rumah
secara kebetulan aku mmg sedang mencari rumah untuk dibuat aset.

aku dan hubby bersetuju setelah berpuas hati dengan kawasan dan persekitaran kami
biarlah apa orang nk kata mengenai keputusan kami
kali ni aku bertekad untuk memiliki rumah sendiri
atas nama sendiri.

Rumah no 11 Taman Nakhoda 
menjadi pilihan kami..
syukur alhamdulillah setakat ini urusan kami dipermudahkan olehNya

Bila keputusan membeli rumah aku buat 
ada cerita kurang enak untuk didengari
ada pulak yang inginkan rumah yang aku duk skrg ni...
adehhhh....
pada aku ini adalah harta sepencarian kami suami isteri
orang lain tidak boleh mencampuri urusan harta benda kami
belum lagi aku menghembuskan nafas terakhir dah ada 
perancangan untuk mengambil harta aku
ermmm..
manusia...manusia...manusia
jenis suka meminta2 yang bukan hak sendiri 
perlu memikirkan hati dan perasaan orang yang diminta...
terasa agak terkilan dengan cerita yang aku dengar tempoh hari...
hanya mampu bersabar dan bersabar...

Tuah Haiqal Ikhwan Hakim


Alhamdulillah
kini Tuah menjadi milik kami yang mutlak..
moga Allah permudahkan kami membesarkan anak anugerah ini.
membawa perubahan yang bahagia kepada kami.

Bulan ni Tuah dah dapat surat branak baru
Tuah dapat nama baru
Tuah kesayangan kami

Mama papa doakan 
semoga Tuah menjadi anak yang soleh kelak
mendengar perintah Allah dan ibu bapa