Followers

Monday, November 23, 2009

Produa ALZA





Perodua MPV diatadaptasi Daihatsu BOON Luminas / Toyota PASSO Sette yg akan launch pada 23hb nov 2009...pada jam 6 petang korang sume bleh g showroom berhampiran untuk melihat sendiri kenderaan terbaru keluaran produa...


Model kereta Kenari Alza Avanza




Panjang (mm) 3460 4180 4120




Lebar (mm) 1500 1695 1630




Tinggi (mm) 1660 1620 1695

Tuesday, November 17, 2009

Air Mata Malam Pertama

majlis pernikahan pada 16 Nov 2008
Upacara batal ayor sembayang (gelang)..
hari ni merupakan hari ulang tahunku yang pertama..16 Nov 2008 aku telah dinikahkan dengan pilihan hatiku..Ikhwan Hakim..sebelum hari kejadian aku begitu gembira kerana ditakdirkan hidup berpasangan sebagai suami isteri bersamanya....Tidak lari dari hakikat semua wanita yang akan berkawen akan menerima situasi yang sama seperti aku...tepat jam 2.35ptg aku menitiskan airmata ku setelah bergelar isteri....sub...sub..pe yang menjadi aku begitu sedih ialah aku akan berpisah dengan mak aku..walaupun pada hakikatnya aku masih lagi berjumpanye every month..every week..setahun telah berlalu terasa baru semalam aku lalui situasi begitu...

Uji Mata Anda

Tolong aku kirakan berapa banyakkan bintik hitam berbentuk bulatan di dalam gambar di atas ni!!!

Proton Baru 2010..


Jika Proton memilih rekabentuk diatas,pasti dan pasti ianya sangat laku dan dapat menarik perhatian golongan muda dan pertengahan untuk memiliknya kerana gayanya sangat menarik, sporty dan mewah. Seperti Honda Civic Type R kerana sportrimnya yang cun dan reka bentuk yang memenuhi tuntutan nafsu pembeli masa kini. Reka bentuk bonet enjin dan lampunya diambil dari EXORA dan belakangnya seperti Honda City baru. Mungkin hanya 40% kemungkinan modul gantian WAJA 2010 diambil dari model ini.

Harapan kita rakyat Malaysia ialah mahu memiliki Proton yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

  1. Harga tidak membebankan.Alangkah indahnya harga di tanah air sendiri lebih murah seperti mana Proton di luar negara?Waja Replacement Model (WRM) sepatutnya dibawah harga RM 70K untuk 2.0L V6 CPS Turbo.
  2. Sistem keselamatan untuk semua varians!Tak mahu 2 airbags sahaja.Tingkat kepada 3 atau 4 airbags.ABS,SRS dan EBD wajib di dalam setiap modulnya.
  3. Melepasi piawaian antarabangsa dengan mendapat 5 bintang tahap keselamatan.Tak mahu lagi 4.
  4. Pastikan kerosakan biasa proton iaitu tingkap,gearbox,pengunci kereta dan kekemasan body kereta dihapuskan.

Akhir kata, moga Proton lebih maju kehadapan. Proton masih dibuai lena dan mereka tidak sedar bahawa kereta dari Jepun seperti Honda City,Civic dan Accord serta Toyota Avanza,Innova, Camry telah mengambil hati pembeli bagi varians 1.5 hingga 2.0...Fikir-fikirkan wahai Proton...

Ragam Murid Sekolah Rendah

S-igm

MEMUPUK DAN MENYUBURKAN KESIHATAN OTAK, MATA DAN JANTUNG
Produk ni telah diperkenalkan oleh makcikku last week..aku pun dgn yakin nye cube minum...
time aku minum ni pagi(kul 10pg)..time tu badan letih gile lepas wat sarapan ngan basuh kain ngan jemur kain....pas 1 jam aku minum tetibe badan aku jadi cam cuam..mata jadi cerah..otak pun mule berfikir apa nak wat selepas ni..aku pun meneruskan tugasku dgn mengemas bilik, menyapu (sume ar keje umah akau wat) ptg siap g dating lagi..mlm kul 10 balik x lapo pun beb..
aku pun pelik slalu aku klu x makan nasik menggigil beb...fikir punye fikir aku minum benda ni yang wat aku aktif dan cergas...hihihi promosi ni...

Otak merupakan pengarah segala aktiviti, perasaan, pemikiran dan emosi kita. Ia mengawal seluruh sistem badan. Otak manusia terdiri daripada kira-kira 140 bilion sel-sel. Walaupun beratnya hanya 2% daripada berat badan kita iaitu kira-kira 1.4 kg tetapi ia memerlukan 20% daripada jumlah oksigen dalam darah badan kita dan mesti dibekalkan secara berterusan. Memori manusia mencapai pemuncak pada kira-kira umur 20. Ia mulai merosot selepas itu. Selepas umur 40, setiap hari kita kehilangan 50-100 ribu sel-sel otak dan berkekalan tidak dapat bertumbuh lagi. Maka ia memberi kesan buruk kepada kebolehan pertimbangan dan pemikiran otak kita.

aku pun terus le bace bukunye...terus bukak web side die..ni ha...http://www.abon.my....antara kelebihan produk ni yang aku tgk die tulih...

  • memelihara kesihatan otak dan mental
  • memperkembangkan kepintaran
  • mengaktifkan sel-sel otak
  • menguatkan daya igatan
  • memajukan penglihatan dan melindungi retina
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • menurunkan paras kolestrol dan mengawal kejadian LDL
  • memutihkan dan memulihkan keelistikan kulit, menjadi otot lebih pejal
  • menguatkan fungsi jantung
kita "memakai otak" memikir dan membina kejayaan tetapi apakah yang kite berikan kepadanya????? renung2 kan..

Monday, November 16, 2009

iklan POTONG


Baru-baru ini,iklan penyedia jalur lebar WIMAX iaitu P1 Wimax menjadi buah mulut di parlimen. Yang membangkitkan isu ini ialah golongan bukan Islam yang bergolongankan kerajaan dan yang menjawabnya ialah Timbalan Menteri Penerangan yang sudah tentunya dari pihak kerajaan dan beliau juga bukan Islam.Mereka membangkitkan isu adakah iklan tersebut lucah.Perkataan POTONG bagi bukan Islam mungkin mengerikan.POTONG bermakna sunat bagi mereka.Mereka begitu trauma dengan perkataan ini seperti mana traumanya mereka kepada agama rasmi di tanah air mereka iaitu Islam.Mengapa begitu takutkan perkataan ini?

Iklan tersebut secara jelasnya tidak begitu terus bermaksudkan lucah.Ianya menyuruh penonton beralih arah dari Internet berwayar (Streamyx) kepada tidak berwayar iaitu P1 Wimax.Maka perkataan POTONG yang dimaksudkan ialah potong wayar tersebut dan beralih kepada yang tidak berwayar/bertalian.

Mungkin boleh diletakkan sedikit kesalahan keatas bahu pengarah iklan tersebut apabila menggunakan suasana majlis perkahwinan dalam menggunakan perkataan potong tersebut.Apabila si pengantin menyuruhnya potong,maka ada juga unsur kenakalan dalam hal ini.Mungkin pengarah perlu lebih berhati-hati dalam memilih situasi dalam menggunakan perkataan tersebut.

Hah..kalau ini dikira lucah,BAGAIMANA PULA DENGAN PAKAIAN MENJOLOK MATA PENYANYI WANITA ISLAM DAN PELAKON MUDA DI TELEVISYEN???Tak mahu pula dibangkitkan isu ini yang senantiasa menjadi sajian mata setiap hari tidak kira tua atau muda. Ini memberi kesan buruk terus kepada generasi muda mudi kini yang makin lama makin taksub kepada aliran pemikiran barat serta Islam Liberal!

Kalau iklan itu pun dikira lucah,bagaimana pula dengan produk ini?


Lagilah lucah kan???Tak mahu pula dibangkitkan di Parlimen!Isu remeh temeh pun jadi hangat. Kebajikan rakyat dibiarkan terumbang ambing macam kapal rosak ditengah lautan yang dibadai ribut tropika.

Tahajjud Cinta

TAHAJJUD CINTA karangan Muhammad El-Natsir,penulis novelis berjaya dari Indonesia. Dengan jualan melebihi 50000 unit di Indonesia,ianya mirip kejayaan Ayat-Ayat Cinta dan Salju Sakinah.Salju Sakinah produk Malaysia berjaya terjual lebih 30000 unit di Malaysia sahaja. Tahniah Ustaz Zaid Akhtar!

Ada apa dengan Tahajjud Cinta?Apa kaitan Solat Tahajjud dan Percintaan?Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan Ibadat dan Cinta?Sudah tentu perlu!Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb, maka kita perlu bersolat dan beribadat kepadaNya? Watak utama dalam novel TC adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai sahsiah hidup mirip penakhluk Kota Constantipole iaitu Muhammad Fatih.Fatih merupakan pemuda yang sangat warak,cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri.Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Al-Fatih versi Nusantara.

nak tau cerita selanjutnye?? dapatkan dikedai buku berhampairan anda!!! syok beb...