Followers

Friday, March 15, 2013

Redha

25/2/2013 Puan Azurah dikehendaki menghadiran diri bertujuan menjalani pemedahan Ovarian cyst
Semasa penetapan tarikh aku merayu pada doktor yang merawat aku untuk menetapkan tarikh lagi cepat
sbb dah x tertahan rasanya menahan sakit yang sekiannya...
Sejak tahun 2012 mendapatkan rawatan di HTAR aku rasa berpuashati walaupun berstatuskan hospital paling sibuk di Malaysia...Aku dirujuk ke Klinik O&G, berdasarkan pengalaman rakan sekerja menyataan klinik pakar ini mempunyai kepakaran yang tersendiri.
Rasa dah x sanggup nak mendapatkan rawatan dimana2 hosptal...tapi usaha harus diteruskan azurah...
selagi blum berhasil selagi tu kau perlu menerima menahan ape skali sakit...

Kehadiran rakan-rakan di wad membuatkan aku happy seketika 
setelah seharian berpuasa
aku curi2 makan dengan bekalan makanan yang dibawa oleh member2 
huh! hanya ALLAH sahaja betapa laparnye
dah la kene puasa kene minum air cuci usus plak tu...
muka sebelum masuk OT
bertalu2 membaca doa dan zikir
memohon dipermudahkan segala urusan..
mohon maaf dari ibu, husb, ahli keluarga dan rakan2 membuatkan aku lagi semangat menghadapi ini smua..

tawa dalam ketakutan
tipulah x gementar
x takut untuk menghadapi saat yang menyakitkan 
tapi klu ini jalan yang terbaik buatku 
aku pasrah...
tepat jam 3.30 aku dimasukkan dlm OT
aku telah diberikan bius sepenuhnya..
aku menyedut seperti yang diarahkan
dengan kiraan 1....2....3...
aku telah lelap...
lelap bukan dalam tidur atau pun mimpi
Alhamdulillah setelah 5 hari berada di wad aku dischrge pada 28/3/2013
berada di wad HTAR tidak dinafikan agak sesak dan padat
tetapi layanan nurse membuatkan aku gembira berada disana
setiap pagi selasa dan rabu aku dimandikan oleh staf nurse yang bertugas
aku sangat berterima kasih kerana layanan diberikan tidak seperti hospital sebelum ini..
cuti yang panjang ini aku disuruh berehat 
jangan melakukan kerja-kerja berat 
kerana aku telah menjalani 2 pemebedahan iaitu laparoscopy dan ceaser
ini la ubt antibiotik yang terpaksa aku habiskan
dari hari kuar wad sampi semalam 16/3/2013
syukur alhmdulillah aku semakin pulih

terima kasih kepada ibuku, suamiku, sahabatku, dan rakanku yang banyak membantu
mendoakan aku...
semoga aku tabah menjalani rawatan seterusnya 
dan berjaya mendapat hasil dari rawatan kali ini
tanpa kalian aku tidak mampu menempuhi semua ini...
YA ALLAH KAU berikan aku kekuatan, kesabaran, di dalam menjalani kehidupan aku seharian..
aminnnnnnn...