Followers

Saturday, July 30, 2016

Raya 2016





Syukur kehadrat illahi
raya tahun ini kami raya ber3
mama sayang semua....

Aset Baharu


23/7/2016 termatrilah satu peristiwa 
Aku wat keputusan untuk membeli rumah baru 
rumah yang tidak jauh dari rumah yang aku duduk skarang

Mulanya saja bertanya kepada rakan sekerja mengenai rumah 
sembang punya sembang cikgu diana kata dia ada membeli rumah
secara kebetulan aku mmg sedang mencari rumah untuk dibuat aset.

aku dan hubby bersetuju setelah berpuas hati dengan kawasan dan persekitaran kami
biarlah apa orang nk kata mengenai keputusan kami
kali ni aku bertekad untuk memiliki rumah sendiri
atas nama sendiri.

Rumah no 11 Taman Nakhoda 
menjadi pilihan kami..
syukur alhamdulillah setakat ini urusan kami dipermudahkan olehNya

Bila keputusan membeli rumah aku buat 
ada cerita kurang enak untuk didengari
ada pulak yang inginkan rumah yang aku duk skrg ni...
adehhhh....
pada aku ini adalah harta sepencarian kami suami isteri
orang lain tidak boleh mencampuri urusan harta benda kami
belum lagi aku menghembuskan nafas terakhir dah ada 
perancangan untuk mengambil harta aku
ermmm..
manusia...manusia...manusia
jenis suka meminta2 yang bukan hak sendiri 
perlu memikirkan hati dan perasaan orang yang diminta...
terasa agak terkilan dengan cerita yang aku dengar tempoh hari...
hanya mampu bersabar dan bersabar...

Tuah Haiqal Ikhwan Hakim


Alhamdulillah
kini Tuah menjadi milik kami yang mutlak..
moga Allah permudahkan kami membesarkan anak anugerah ini.
membawa perubahan yang bahagia kepada kami.

Bulan ni Tuah dah dapat surat branak baru
Tuah dapat nama baru
Tuah kesayangan kami

Mama papa doakan 
semoga Tuah menjadi anak yang soleh kelak
mendengar perintah Allah dan ibu bapa


Wednesday, March 16, 2016

RAYANI AIR delay sokmo

Apa nk dikata
Campny baru 
Tambang murah
Camni laaa
Beli tiket KL-KCH 
16mac 1410
Retimed 4kali jadi
17mac 0210
Huh! Sabo je laaaa...
Udah shot sehari rugi2

KELANTAN-TERENGGANU-PAHANG


Syukur alhmdulillah perjalanan ke pantai timur berjalan dengan lancar

tujuan iols ke sana adalah untuk memenuhi jemputan hubby iols
geng PPC dia kawen, so pakat punya pakat terbentuklah sekumpulan rombongan 
ke pantai timur...

kami bergerak ke destinasi sebaik sahaja menunaikan solat mgrib pada 12 mac
smpi ke hotel yang telah ditempah pada jam 4pagi
huh! perjalanan yang terasa amat jauh.
beginilah rutin org2 pantai timur time balik kampung halaman.

ke esokkan harinya kami menuju ke rumah pengantin lelaki 
tersebut.. 
macam pinang dibelah 2..sesuai dan padan..

petang sejurus majlis perkahwinan kami ke Rantau Panjang 
kat sana orang kata barang2 murah...
iols sempat jugak la shoping apa yang patut.. heee
tq hubby...

pagi isnin aitu 14hb kami menuju ke terengganu 
tidak dapat memenuhi jemputan kawan se U 
bukan xmau pergi tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..
sorry geng..

apabila sampi di Masjid kristal di terengganu kami menunaikan 
solat zohor dan mengambil gambar sekeping 2...
sejurus selepas itu ke telok cempedak ...

dan akhir skali jam 8 malam kami bergerak pulang
memandangkan keesokan hari hubby bekerja...

ahmdulillah tepat jam 12 mlm smpi ke rumah manis rumah

Saturday, March 5, 2016

Geng Gedik Santai


Orang Rumah PPC
telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan trip to borneo.
Disebabkan iols study kt sana 
dan iols dah byk kali ke sana
so iols la jadi kepala untuk plan ke sana.

Plan asalnya nk kesana pada bulan september 2016
tapi disebabkan iols yang lambat membeli tiket harga tiket pon naik.
terpaksa ubah date yang terdekat date asal....

Kami pilih Rayani Air untuk kesana
Walaupun banyak bad fedback yang dinyatakan dlm page RA
kami pakat bersetuju
sebab tambang tiket dorg mmg amat murah
jika dibandingkan dengan cmpny lain.
akhirnya kami 8fmly berjaya membuat belian tiket
dengan harga RM132/PAX 
infant adalah FREE...

Walaupun dah banyak kali travel ke sana
tapi iols rasa nk pergi dan pergi lagi...hahahaha
rasa puas bila g holiday ke sana...

Bila tiket dah bli 
kene la iols menabung...
sikit2 lama2 jadi bukit..


Air Yang Dicincang Tak Kan Putus


Hari ni terdetik nak tulis di sini luahan apa yang 
 berlaku pada iols...
tak tau kat mana silapnya... Rasa cam diri ni amat bersalah..
sehinggakan tidak disapa dan tidak bersedekahkan senyuman kepada iols...
kenapa jadi begitu? 
iols beranggapan yang dia marah pada iols dan menyimpan perasaan tidak puas hati tehadap iols
TAK APA
think positive 
Air yang dicincang tak akan putus
kita satu family...
ke mana sahaja dia pergi akan ketemu juga iols..
sampai bila dia xnak menyapa ios?
sampai bila dia xnak berhadapan dengan iols?
perkara remeh temeh je tu...
sila abaikan huhuhu.....
Yang penting iols dan fmly iols ok...
bab dosa pahala biarlah dia ngan ALLAH...
Jika iols penyebabnya iols sanggup memohon maaf terhadap dia
untuk menyelesaikan masalah ini..
tiada ruginya memohon maaf
sbb pe kita sebagai manusia 
tidak akan terlepas daripada kesilapan...

Sunday, February 14, 2016

LANGKAWI LAGI


Percutian yang singkat dan penuh dengan pengalaman baru
1st time iols naik flight delay punya lama hampir 5jam lebih...huh!

flght yang dijangka terbang pada jam 9.25mlm akhirnya terbang pada jam 3.10pg
mane x hangin punya la lama delay
nak xnak kena la sabar sbb tiket dah beli
murah lak tu...

secara peribadinya Rayani Air ni lg ok daripada Air Asia.
nk beli tiketnya pun senang dan mudah
tiket plak murah berbanding Air Asia...
cuma Rayani Air perlu tambah kapal lagi untuk langkah
stanby jika belaku kejadian diluar dugaan mcam hari tu..tingkap kokpit retak..

Pe pon percutian yang singkat kali ni agak enjoy sbb iols dapat beli barang yang iols nk beli
next trip bulan depan ke Sarawak plak Kuching...
Harap flight x delay x cancel 
bukan pe kesian pada anak kecil, kita yang dah besar ni xpe la..






pe pon iols tetap support Rayani Air..
#Dongibab #Kipidap

Saturday, February 13, 2016

Kesakitan Melanda

Semua percaturan telah ditetapkan oleh ALLAH...
Kene redha dan pasrah 
Confirm 2 hari MC dan telantar atas tilam 
x larat nak wat pe...
Nak diceritakan kesakitan yang melanda
ALLAH sahaja yang tahu betapa sakit peritnya kesakitan yang telah dihadap oleh iols...

Sampai Bila???
tawakal dan usaha untuk mencari penawar bagi penyakit iols ni..
mencuba rawatan tradisional
Alhamdulillah kesakitan reda 2 3 bulan...selepas tu kembali seperti normal

Setiap Handbag HARUS ada ubat..
bukan apa, bila kesakitan melanda senang iols mencapai...

Apa pon Syukur 
iols masih diberikan kesempatan untuk beribadah dan bertaubat kepadaNya.
ALLAMDULILLAH....

Monday, January 18, 2016

MURID AMANAH LINUS

Hari ni setel 1 program yg dirancang. Wlpn agk simple tp alhmdulillah berjalan dengn lancar. Syukur... Semoga murid2 ini boleh mnguasai konstruk dlm saringan nnt... 


BNO


Mereka mngatakan muka ku agak pucat... Mgkin sbb baru baik dari period pain... Ntah kenap bulan ni terjadi pula. Setelah 2 bulan tidak menghiraukan pain killer. Bln ni terpaksa korek bakul ubat mencari bekalan utk dibawa blk kg. Mujur ada... Begini lah lumrah pesakit endometrosis ermmm... Alhmdulillah Allah masih memberi ku peluang utk bernafas dan menikmati nikmat di duniawi... 







Merehatkan minda dan diri bersama org tersayang di pantai berdekatan kampungku....



Wednesday, January 13, 2016

CERITA BARU

1st entry hari ni, camne tetiba rasa teringin nk menulis blog yang kian lama iols tggalkan. Pejam celik dah masuk tahun 2016. Mggu ni merupakan mggu yg agak memenatkan, sbb perubahan jadual dari cuti kepada keje. Maklumlah dah sebulan cuti...mcm biasa air mata ibu akan menitis bila berpisah walaupun sekejap. Padahal hantar kt umah mak mertua jer... Ish3....




Minggu ni minggu merentas desa dan larian ria. Cuaca panas membuatkan badan cepat letih dan penat. Kene minum air kosong bebanyak...