Followers

Wednesday, December 29, 2010

Sesi pesekolahan 2011

Keje...keje weii...
3hb dah start keje...
dah lama cuti cam mls lak nak keje..
khmis, jumaat, ade de meting lak tu..

info terkini aku telah
diberi tugasan
aku kene pegang kelas
darjah 1M..

mampu kah aku nak wat tugasan guru kelas?
yakin boleh punya..

xpe pengalaman baru
keje baru
tugasan baru
tahun baru..

selamat tahun baru 2011

Friday, December 24, 2010

berat naik!!

ish...
seminggu langgar pantang
berat aku dah balik asal dah..

tensen sehh!!
abih la ketat balik la baju aku
kain aku..

argh!! keje nak bukak dah ni..
badan plak naik!!

kecoh...

telinga aku bedesing bile
ade org mengatakan aku ni
mulut kecoh
mulut x leh caya!!!!

geramnya aku ngan org tua tu!!!
xpe..
xpe..
sabar..
aku kumpul banyak!!
fitnah yg kau taburkan pada aku...

eh u all?
kecoh ke aku???

xpe ALLAH maha mengetahui..
ALLAH tau sape yg betul sape yang salah..
suatu hari akan kene batang hidung nya jugak..

redha ketentuan ilahi

segala usaha aku bulan ni belum berhasil
tahun ni x tahun pengajaran buat aku..
xpe tahun 2011 aku akan berusaha lebih
aku akan tgglkan kegiatan buruk aku thn 2010
KEGIATAN BURUK??

batang buruk, batu buruk, kain buruk???
hahaha..
segala yg buruk kegilaan aku ku sangkutkan kat thn 2010
slmt tinggal
burukku...

misi tahun 2010..
harus aku teruskan 2011.
harap aku tabah menghadapi sume ni...






kad bank aku hilang


bangun pagi2 aku melilau mencari sesuatu...
pe ye?
cari punya cari
korek punya korek
tgk2 atm kad hilang!!!
terus aku cuak..
bukan skit ade dalam debit kad tu..
leh bli ego sebijik..
aku dgn gabranya suh adik ipar aku
cek akuan..
alhdulilla duit ade lagi

aku pun terus RHB suh blok kad..
so t baru ganti kad..
kene rm12
nasib le rm12 je..

syukur...

Monday, December 20, 2010

Doa Selamat







alhamdulilla
16/11/2010
kenduri doa selamat & bacaan yasin tlah selamat dijalankan.

dijangka 26hb kami berpindah spnuhnya
smoga rumah baru ni
mmberi kebahagian & rezeki yg lebih kepada kami..




Sunday, December 12, 2010

renovation




Saturday, December 4, 2010

22 larangan

23 Larangan


1 . Malam Aidil Fitri – Anak cacat

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

Komen – Gerenti laki tarik muka bila seruan tetiba je datang ternampak punggung bini tertonggeng pasang langsir raya.

2 . Malam Aidil Adha – Jari anak empat atau enam

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

Komen – Main lagi mercun!

3 . Awal malam – Anak jadi tukang sihir

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

Komen – Harry Potter…

4 . 1hb, 15hb, 29hb, 30hb bulan islam – Anak jadi gila babi

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

Komen – Anak jadi gila internet, gila sms, gila chat, gila facebook mak bapak projek hari apa ek?


5 . Selepas Zohor – Anak bermata juling

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

Komen – Bagaimana perasaan orang yang bermata juling. Adakah dia akan menyalahkan ibubapanya? Pasti dia akan malu kerana kalau rakan-rakan mengejek “mesti mak bapak kau projek lepas zohor”. Tak kanlah mak bapak sedap setengah jam anak ‘menjuling’ seumur hidup!

6 . Selepas Zohor – Anak bermata juling

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

Komen – Sekadar menghormati orang tengah feel layan suara okaylah beb. Tertuduh boleh membela di depan hakim “ Tuan hakim, saya tidak bersalah dalam perkara ini. Yang bersalah adalah kedua ibubapa saya kerana mereka berdua suka projek masa azan & iqamah”

7 . 15hb Sya’ban – Wajah dan rambut anak ada tanda jelek

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

Komen – Bagaimanakah perasaan kita & hendak menghadapi hari-hari yang akan datang dengan orang sekeliling sekiranya anak yang baru dilahirkan terdapat tanda jelek diwajahnya yang mana kita tak pernah pun bersenggama pada 15 Sya’ban? Orang yang taksub tentang kenyataan ini pasti akan menuduh ibubapa bayi punya angkara. Salah siapa nanti? Rambut ada tanda jelek? Macam Bob Marleyke?

8 . 29hb & 30hb Islam – Anak suka meminta-minta

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.“

Komen – Perangai anak tak tentu arah sebab mak bapak tak didik dengan sempurna. Manjakan sangat. Apa nak, bagi. Lama-lama jadi macam tulah.

9 . Malam kamu hendak keluar musafir – Anak kaki enjoy

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

Komen – Macamana agaknya perasaan suami yang baru saja balik dari outstation selama satu baru saja nak ‘on’ boss panggil panggil kena outstation tempat lain pula. Tak ke kejam namanya? Isteri dah bersiap awal dengan segala wangian terkini gerenti tarik muka. Tak bagi kalu dia main pintu belakang nanti salah siapa?

10 . Bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam – Anak jadi assistant boss zalim.

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

Komen – Cari jalan outstation 2 hari atau 4 hari. Kecik punya hal.

Thursday, December 2, 2010

Ovarian cyst

cam ni rupenye
cyst dibuang ek...
erggghh....


Sunday, November 28, 2010

Cuti Bersalin 90 hari

Aku tertarik berkongsi penerangan free kat sini tentang cuti bersalin 90 hari fleksibel yang diumumkan kerajaan pd pembentangan Bajet 2011 baru2 ini..

Utk pengetahuan penjawat awm dan bakal penjawat awm wanita disini... anda layak memohon cuti bersalin selama 90 hari bergaji penuh dengan SYARAT total semua cuti bersalin anda tidak melebihi 300 hari.

Jangan terlalu ghairah apabila ingin bercuti panjang kerana akan ada harga yang perlu kamu bayar kemudian hari..

Contoh :

Bersalin 1st : Cuti 90 hari

Bersalin 2nd : Cuti 90 hari

Bersalin 3rd : Cuti 90 hari

____________________

Total : Cuti telah diambil 270 Hari

Maka utk bersalin ke 4 atau seterusnya, baki cuti anda yang berbayar hanyalah : 30 Hari Shj.

Jadi jika anda bercadang untuk beranak 3 shj..ia sesuai...cuti 90 Hari sekali bersalin..

Tetapi jika beranak ramai...alamat nyer..x bercuti la kamu atau tak bergaji la kamu kalo nk cuti lama jugak...

kerana sebelum ni, cuti 60 hari terhad kepada 5 anak pertama...(60 X 5 = 300 hari)

Lihatlah dunia, betapa bijaknya 'mereka' untuk menyedapkan hati kita & isteri kita...

Isteri

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh ...Allah
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Thursday, November 25, 2010

GERAM!!!


Geram aku ngan someone ni!!!!!!!
nak luah mati mak
nak telan mati bapak

geram je aku..
pe yang aku nak wat??
aku nak pegi jauh dari sini la!!
pe yang aku buat ade je x betulnye
tolong laa!!!
bg aku wat keputusan aku sendiri
buat pe yang aku suke
boleh meroyan ooo cam nih!!!





Saturday, November 13, 2010

Bulan ni




weiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
berat aku dah turun !!!!
5KG


diet yang aku amalkan selama lebih kurang 3 minggu
berjaya dengan target yg aku nak..
patut la ade baju yg ketat dah longgar
patut la ade kain yang ketat dah longgar

bulan ni
aku taget nak turun kan 5kg lagi ni....
kene teruskan diet
kene hari2 cycle
kene hari2 makan sayur
kene hari2 makan buah


Thursday, November 11, 2010

1st time



Setelah bertahun menuggu..
akhirnya mlm td..
dia
melakukan sesuatu diluar jangkaan

rasa cam nak menjerit bagi tau sume
yang aku tgh happy mlm td..

ala...
bukan pe pun..cume
dia
pujuk aku je mlm td
time aku majuk..
hehehe


*hari ni aku g kije dgn hati yg gumbira....lalalala

Tuesday, November 9, 2010

masa dulu

Time cuti kat kg aku sibuk
mencari album lama aku
yang tah mane mak aku campak punggah punya punggah
jmpa 1 box dalam lemari yang lama..
so aku
terjumpe la
aku di ma
sa dulu hahaha..
kelakar betul..
suci je muke aku time ni..
ahaks...




ha yang ni pulak
muke arwah bapak aku
ade cam muke aku x???
hehehe....
semoga dia ditempatkan
ditempat orang2
yang beriman dan bertakwah..
amin...


Tuesday, November 2, 2010

Nov



bulan baru..
tapi impian ttp lama..

aku harap bulan ni
lebih baik dari bulan sebelum ni

setelah menamatkan diet smlm
aku berjaya menurunkan berat badan sbnyak
2kg..
kire ok lah tu..
pas ni teruskan diet..


*seminggu sekali je makan nasik

Saturday, October 30, 2010

Salah siapa




tengah syok dok jadi ustazah td kat skul
tetibe aku dpt calling dari n***
"zura ko bagi tau pada ***** pasal aku??"
tersentak aku tuduhan melulu menusuk ke telinga aku
"ko cakap pe ni?? ko ni tetibe je"
aku membalas katanya

aku terus hilang mood melakukan keje yang
sepatutnya diamanahkan pada aku hari ni
kenapa aku dituduh sebegitu
sedangkan aku kan
kawan semejanya
sebulunya

~kalau aku nak bagi tau dari dulu lagi la beb~
~aku akan bagi tau org paling hampir dengan kau~
~wat pe aku nak libatkan org luar~
~sampai hati~

ini lah org kata berbuat baik berpada-pada
dalam hati aku
menyumpah, memaki, frust dengan n***
kejadian hari ni
mengajar aku
memilih kawan
kawan apabila senang dan susah


*fikirlah dimana aku semasa
bermulanya babak cinta ko n***...



Friday, October 29, 2010

Sampai di sini


Thursday, October 28, 2010

harga kereta turun!


Syarikat automotif kurangkan antara 2 hingga 11 peratus

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat automotif semalam mengumumkan harga baru kereta keluaran mereka yang membabitkan penurunan antara dua hingga 11 peratus, ekoran struktur cukai eksais dan duti import baru dalam Dasar Automotif Negara (DAN).


UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan harga kereta penumpang Toyota di Semenanjung, berkurangan antara 5.6 hingga 11 peratus bergantung kepada model, dalam usahanya menarik lebih ramai pembeli dan merangsang pasaran automotif negara.

Berdasarkan peratusan itu, harga baru model Toyota Vios 1.5G automatik yang sebelum ini dijual kira-kira RM88,000 dijangka turun sebanyak RM4,000, manakala Vios 1.5E automatik yang berharga RM81,000, berkurangan RM5,000.

Model Toyota Corolla Altis 1.8G yang sebelumnya berharga RM121,000, kini boleh dibeli pada harga kira-kira RM111,000, manakala harga Toyota Camry 2.0E turun sebanyak RM15,000 daripada harga RM149,000 sebelum ini.

Kenyataan UMW Toyota semalam bagaimanapun berkata, harga kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Avanza dan Toyota Innova akan meningkat berikutan struktur duti baru.

Harga kedua-dua model berkenaan adalah berdasarkan rangka DAN yang diumumkan kerajaan pada 19 Oktober 2005 tetapi harga kenderaan komersial seperti Toyota Hilux dan Toyota Hiace tidak berubah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Daimler-Chrysler Malaysia Sdn Bhd, Datuk Frank Steinleitner

Diet


PERHATIAN!!!

Bermula pada hari ini
sampai hari isnin
(5hari)

aku tak makan nasik
sebab
aku tgh menjalani program diet

so sape2 yang ajak aku kuar makan
nasik
aku x boleh makan nasik

untuk 5 hari je...

Wednesday, October 27, 2010

Nak jugak!


aku nak jugak binatang ni..

tunggu..

aku akan rembat gak 1

ikhwan hakim...

nak ni boleh???

boleh tak boleh nak jugak!

Tuesday, October 26, 2010

Sepetang bersama ahli tingkap


sepetang bersama jiran...
aku melihat anak jiran ku
yang comel
yang gebu
aku dengan nada yang luhur menghulurkan tangan ku...
"meh..meh sini kat aunty..."
tetiba mertua ku bersuara
"klu ko ade anak msti dah beso ni.."hehehe..
dengan nada bergurau
jiranku bersuara pula
"ala..xde rezeki lagi..ade la tu nanti"
dalam hati kecil ku berkata
kalau lah
kerja wat anak tu
aku yang wat
dah lama
aku wat anak sedozen
tak pun
satu team bola
ahaks





*“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan
daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat);
dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”-surah al-Anbiya, ayat 89.

Monday, October 25, 2010

SHEPHERD'S PIE



EASY SHEPHERD'S PIE

Ingredients
• 1 1/2 lbs ground/minced beef
• 1 onion chopped
• 1-2 cups vegetables - chopped carrots, corn, peas
• 1 1/2 - 2 lbs potatoes (3 big ones)
• 8 tablespoons butter (1 stick) -
• 1/2 cup beef broth -
• 1 teaspoon Worcestershire sauce
• Salt, pepper, other seasonings or herbs of choice

Method
1 Peel and quarter potatoes, boil in salted water until tender (about 20 minutes).
2 While the potatoes are cooking, melt 4 Tablespoons butter (1/2 a stick) in large frying pan.
3 Sauté onions in butter until tender over medium heat (10 mins). If you are adding vegetables, add them according to cooking time. Put any carrots in with the onions. Add corn or peas either at the end of the cooking of the onions, or after the meat has initially cooked.
4 Add ground beef and sauté until no longer pink. Add salt and pepper. Add worcesterchire sauce. Add half a cup of beef broth and cook, uncovered, over low heat for 10 minutes, adding more beef broth as necessary to keep moist.
5 Mash potatoes in bowl with remainder of butter, season to taste.
6 Place beef and onions in baking dish. Distribute mashed potatoes on top. Rough up with a fork so that there are peaks that will brown nicely. You can use the fork to make some designs in the potatoes as well.

7 Cook in 400 degree F oven until bubbling and brown (about 30 minutes). Broil for last few minutes if necessary to brown.

*agak 'ereng' skit...laki ku mau yang garing katanya...

trima kasih wat aunty ezzah yg sudi kongsi resepi ni..heheh...



Thursday, October 21, 2010

Ku mahu kau tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

*mood jiwang tengah malam

Ego Lelaki

kalau dah nama lelaki tu lelaki jugak ego tu tetap tinggi
susah sangat ke nak melafazkan maaf seiklasnya
susah sangat ke memujuk si buah hati
susah sangat ke melafaskan kata-kata cinta pada si dia...

........

sampai bile harus begini?
sampai bile harus bersabar?
buntu memikirkan jalan soklan ni...

.........

mereka yang mengatakan jangan yang moody selalu
mereka mengatakan jangan cerewet
mereka menyatakan terima la dengan seadanya...

.........

jiwa meronta dan kehausan kasih sayangnya
perlu mencari setitik
kasih
sayang


*jiwa kacau ni weiiiii.....apa mau buat??



Wednesday, October 20, 2010

20102010..2010pm

nak gak wat entry date ni..
walaupun xtau pe yang nak ditulis..

boleh ke??
hehehe..

happy birthday pd cikgu inn..
pada kekawan yang
kelahirannya pada hari ni...

semoga panjang umur..
aminn..

susu lembu



Betul ke x ni ek
aku ni dah la kaki susu
tp org kata
klu rezeki tak kemane

korang rasa cam ne???

Sunday, October 17, 2010

Meting PIBG



Meting?? meting hari ahad??
arggghhhh...
kenapa hari ahad plak..
nak xnak kene banggun gak tunaikan

tanggungjawab..
Ini kali pertama aku
masuk meting hari ahad..
bangla pun cuti weiii..


Saturday, October 16, 2010

Ultraman taro






Ha...ini lah die
cinta jantung hati ku (dulu laaa)
tersangat teruja dengan atomen..
Jodoh dan pertemuan di tangan -Nya

pe pun kau tetap sudut hatiku
semoga atomen ku ini akan betemu jodoh
secepat yang mungkin
terimalah jodohmu seadanya
tak mungkin kau temui
jodohmu seperti ku....


Segalanya ku terima

syg
Pertemuan pertama yang tidak terduga
membuahkan titik percintaan diantara kita,
walaupun diriku menjadi 'perantaraan' pada mulanya
CINTA pertama yang tercipta terus berputik

syg
Pelbagai rintangan dan ujian yang kita lalui bersama
putus ditengah jalan tidak bererti putus selamanya
Petemuan jalinan kasih dihapuskan daripada pandangan mata sekeliling
demi jalinan CINTA dua hati kita

syg
Setelah tiga tahun terjalin ikatan dua hati
maka terlerailah janji yang telah dipahatkan bersama
tanggal 16/11/2008 menjadi saksi CINTA kita
saat itu ku bergelar permaisuri hatimu

syg
Doa dan usaha menjadi pengikat CINTA suci kita
moga lafaz yang telerai akan kekal sehingga akhirat kelak..
amin......



Keje sape la ni...



tgah layan FB...
Tetibe plak aku tenampak profile mamat haram ni..
Haruskah begini
Pemimpin negara diperlakukan
seperti binatang
mmg haram jaddah!!!
Dalam tenet ko berani laaa..
ni kes x puashati la ni..
ish---ish...
banyak busuk ini org yg bikin ini gambar..
bangang!!

7 hari Seminggu

Pertama-tama kalinya aku bekeja
7 hari seminggu
isnin-jumaat : bekeje seperti biasa
sabtu: pehimpunan kebangsaan guru 1 malaysia
ahad: meting PIBG

haruskah aku cuti pada hari isnin berikutnya
mau bikin apa kat umah

tapi rindu plak kat budak2 kelas ku
ahaks



Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia


Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil

masa: 6.30 pagi


Friday, October 15, 2010

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan̢۪ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Perlu ke merajuk lama-lama?


Hurm…bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si dia kita tu fedup. Nanti kita juga yang rugi…


sbbnya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.

Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha…itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Merajuk ni sebnarnya salah 1 cara / kaedah untuk kite mengeratkan hub di antara pasangan.. :xklu dah merajuk 2 2 sape mau pujuk? mak mertua ka, pak mertua ka??.... so x perlu la merajuk lelame yang hanya memenat kan diri aje.......:roll:



Merdeka kah aku...



Soalan demi soalan dipetikkan untuk aku
mampu kah aku menjawabnya??
Aku juga seperti wanita lain
yang mempunyai sentiviti
mampukah aku merempuhi semua ini...

Ya Allah ya tuhan ku..
kenapa semua ujian MahaMU yang kau berikan kepadaku..
Sampai bilakah harus ku telan semua ini...

Ya rabbi Ya rahim..
Hanya padaMU aku memohon keampunan..
andai DOSA ku yang menjadi perantaraan
KAU ampunilahnya..
Andai ianya sekadar ujian terhadap diriku..
KAU permudahkan lah..

Ya Quyyum Ya amin..
Kau berikan lah aku kesabaran yang tinggi
untuk menempuh segalanya..
aku mohon kepadamu berikanlah aku peluang
untuk merasainya seperti wanita lain..

Amin....

karaoke


tarikh : 16/ 11/ 2008

masa : 3 petang

turut terlibat : hayon's family


Thursday, October 14, 2010

New Web Updated !

http://www.skkgjawa2.wrodpress.com

Ting tong dibuatnya
melayan Wordpress...
tp belajar benda baru mmg best..
banyak benda yang belum setel..
ni projek cuti sekolah..
dok diam-diam mengadap lappy..
apa lagi mau buat..
kasi bangun wab skull ngan FB skull laaaa...

Wednesday, October 13, 2010

101010 Tragedy

Aizat Amdan - Sungai Lui ( HQ Audio )

Aizat-Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )


24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Thursday, October 7, 2010

New P1


P1 WIGGY – Best Mobile Broadband in Malaysia*

Wednesday, October 6, 2010

Pembikinan facebook SKKJ2


Kepada warga SKKJ2

1 laman sosial iaitu pesbok telah dibina
khas untuk warga SKKJ2 sama ada yang ada
dan yang telah meninggalkan SKKJ2
untuk berkongsi
ilmu
pendapat
cadangan
info
gambar
supaya ianya menjadi
medium perantaraan diantara yang
jauh atau pun yang dekat
semoga kita sama-sama
merasai faedah dan manfaatnya
sabaik yang mungkin...


Perhubungan sesama manusia secara berterusan dan mengekalkan persaudaraan itu tanpa mengira warna kulit, keturunan, kekayaan, bangsa dan sebagainya. Dengan kata lain persaudaraan Islam tidak memilih bulu asalkan beragama Islam. Maka dikira semuanya bersaudara, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud:

"Sesungguhnya sesama mukmin itu bersaudara, maka perdamaikanlah atau berbaik-baiklah di antara kamu sekalian, dan takutlah kamu kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat."

Tuesday, October 5, 2010

Jejak Kasih




Jem punye teruk
1jam jadik 3jam
ade yang patah balik ade yang dtg tp xdtg

"'Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."