Followers

Tuesday, November 17, 2009

Proton Baru 2010..


Jika Proton memilih rekabentuk diatas,pasti dan pasti ianya sangat laku dan dapat menarik perhatian golongan muda dan pertengahan untuk memiliknya kerana gayanya sangat menarik, sporty dan mewah. Seperti Honda Civic Type R kerana sportrimnya yang cun dan reka bentuk yang memenuhi tuntutan nafsu pembeli masa kini. Reka bentuk bonet enjin dan lampunya diambil dari EXORA dan belakangnya seperti Honda City baru. Mungkin hanya 40% kemungkinan modul gantian WAJA 2010 diambil dari model ini.

Harapan kita rakyat Malaysia ialah mahu memiliki Proton yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

  1. Harga tidak membebankan.Alangkah indahnya harga di tanah air sendiri lebih murah seperti mana Proton di luar negara?Waja Replacement Model (WRM) sepatutnya dibawah harga RM 70K untuk 2.0L V6 CPS Turbo.
  2. Sistem keselamatan untuk semua varians!Tak mahu 2 airbags sahaja.Tingkat kepada 3 atau 4 airbags.ABS,SRS dan EBD wajib di dalam setiap modulnya.
  3. Melepasi piawaian antarabangsa dengan mendapat 5 bintang tahap keselamatan.Tak mahu lagi 4.
  4. Pastikan kerosakan biasa proton iaitu tingkap,gearbox,pengunci kereta dan kekemasan body kereta dihapuskan.

Akhir kata, moga Proton lebih maju kehadapan. Proton masih dibuai lena dan mereka tidak sedar bahawa kereta dari Jepun seperti Honda City,Civic dan Accord serta Toyota Avanza,Innova, Camry telah mengambil hati pembeli bagi varians 1.5 hingga 2.0...Fikir-fikirkan wahai Proton...

1 orang dah ngomen:

propa said...

err... modul ke model?? modul bkn ke yg baca2 tu...