Followers

Sunday, January 31, 2010

Kembalikan kuasa Merotan kepada GURU




Crita bab disiplin ni kena sebut rotan baru pelajar kecut perut. Kalau kuasa merotan guru telah dihadkan, macam mana nak menangani masalah disiplin. Betul ke hanya dengan rotan dapat membentuk disiplin pelajar???

guru-guru di seluruh negara akan menyambut cadangan ini dengan terbuka kerana sebelum ini terlalu banyak halangan yang dikenakan ke atas guru dalam soal mendisiplinkan pelajar.

Ketika ini, peraturan yang sedia ada terlalu mengongkong guru daripada menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar. Guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas mereka untuk mendidik dan membentuk generasi muda yang bergelar "pelajar" ini bukan sekadar menjalankan tugas mereka untuk mengajar di dalam kelas dan menuruti setiap silibus yang dirancangkan tetapi peranan guru juga penting untuk membentuk peribadi pelajar.

Apabila kuasa untuk mendisiplinkan pelajar disekat kepada guru-guru dan tangan guru-guru "diikat" daripada mengambil tindakan kepada pelajar maka pelajar merasakan diri mereka terlalu kebal untuk dikenakan tindakan oleh guru.

Memang kita tidak dapat nafikan terdapat juga kes yang guru-guru yang mengambil tindakan diluar daripada peraturan yang ditetapkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur kepada semua guru.


0 orang dah ngomen: