Followers

Tuesday, October 8, 2013

BUSINESS

Bercerita tentang business atau perniagaan iols ingin berkongsi pengalaman.
Malam ni rasa berminat dengan tajuk chating ngan pren iols mengenai perniagaan.
iols dilahirkan dari keluarga yang mempunyai perniagaan walaupun kecil-kecilan.
seceliknya iols di dunia iols didedahkan mengenai perniagaan.
bonda iols sendiri memang seorg tukang jahit dan peniaga kedai makan.
time sekolah rendah iols akan membantu mak iols membuat kuih-muih untuk dijual.
semasa di sekolah menengah bonda iols membuka perniagaan kedai makan di pekan sungai besar (time tu masih hidup di dalam 1 keluarga lengkap) 
setiap hari balik sekolah iols akan bantu bonda iols menghantar nasi ayam yang telah dimasak.
pelanggan kedai kami adalah cikgu2 iols sndiri..jadi iols mmg rapat dengan cikgu2 iols dari bangku sekolah lagi...
Arwah abah iols plak seorang peniaga dimana membawa hasil laut untuk dijual di restoran2 sekitar kuala lumpur. iols sering mengikut arwahabah dalam uruskan perniagaannya.
Apabila iols menerima suratan takdir (mak & abah berpisah) iols dibiasakan belajar sambil bekerja.
disebelah pagi iols akan sekolah dan disebelah petang iols akan bekerja untuk membantu bonda iols
so iols sedikit sebanyak mempelajari teknik peniagaan semasa bekerja di sebelah petang.
semasa bersekolah di tingkatan 6 iols akan bekerja di stesyen minyak untuk membantu bonda iols,
oleh itu sebarang kelas tamabahan yg diadakan semasa cuti sekolah iols tidak akan hadir.
pelbagai pengalaman telah iols pelajari 
termsuk mengira harga minyak, kualiti minyak, jenis minyak.
dan mempelajari teknik claim abg2 lori besar...(men tipu dorg ni, isi sket claim lebih ek..hahaha)
Diperingkat universiti plak iols menjalankan perniagaan 'angkut org' ke mane2 tempat (jadik driver la pendek citer) dan menjual topup yg telah diusahakan oleh abg angkt iols..tolong jual kt block dan kelas jer. 
Masuk di alam pekerjaan iols bekerja di sebuah compny cina yang mengusahakan ready mix simen.
Di sini lah iols byk menimba pengalaman. tabik dengan cara kerja cina yang lebih teliti dan kedekut..hahaha... 
So pengalaman bekerja di compny cina ini iols telah praktikkan di cmpny husband iols skrg.
Di mana peringkat awal kami memang menerima pelbagai ujian. Namun iols dan husband ttp berpegang pada Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
Syukur alhamdulillah iols sekarang amat bersyukur dengan rezeki yang telah ALLAH berikan kepada kami. Miskipun rezeki ZURIAT masih belum kami terima, kami pasrah pe yang terjadi ini semua mempunyai hikmah yang tersendiri.

walaubgaimanapun Iols suka berkongsi rezeki iols bersama ahli keluarga dan rakan2..iols berharap perniagaan kami akan terus mendapat berkat dan akan bertambah maju...



Islam pandang tinggi pada 
peniaga dan usahawan.


0 orang dah ngomen: