Followers

Monday, November 16, 2009

Tahajjud Cinta

TAHAJJUD CINTA karangan Muhammad El-Natsir,penulis novelis berjaya dari Indonesia. Dengan jualan melebihi 50000 unit di Indonesia,ianya mirip kejayaan Ayat-Ayat Cinta dan Salju Sakinah.Salju Sakinah produk Malaysia berjaya terjual lebih 30000 unit di Malaysia sahaja. Tahniah Ustaz Zaid Akhtar!

Ada apa dengan Tahajjud Cinta?Apa kaitan Solat Tahajjud dan Percintaan?Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan Ibadat dan Cinta?Sudah tentu perlu!Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb, maka kita perlu bersolat dan beribadat kepadaNya? Watak utama dalam novel TC adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai sahsiah hidup mirip penakhluk Kota Constantipole iaitu Muhammad Fatih.Fatih merupakan pemuda yang sangat warak,cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri.Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Al-Fatih versi Nusantara.

nak tau cerita selanjutnye?? dapatkan dikedai buku berhampairan anda!!! syok beb...


0 orang dah ngomen: