Utusan Malaysia bertarikh 23 Jun 2010 – SEMUA CALON LULUS KURSUS DISERAP GURU TETAP






Anys, tasha, as, tini, syafiza, dyana, dan lain-lain...
Yana Julia dan Najwa Rihana, dua orang adik beradik. Yana hilang kewarasan akibat cintanya terhalang. Sejak lima tahun lalu, dia sudah hilang akal kerana perkahwinan dengan Engku Irshad gagal.
Layan gak drama ni ptg2 pas balik sekolah....

Sangat benci mereka yang merempit x tentu hala.
Di sebabkan orang sebegitu 'die' pergi. Pergi buat selama-lamanya. Bawak moto bajet mcm pro, padahal lesen pun xde. Apa salah dia sampai engkau langgar? Engkau merempit sambil minum arak. Perlu ke bawak moto sambil minum air kencing syaitan? -----------------------------------------------------------
Malam tu 'die' call tanye bile nak balik? Dah lame x makan same2. Bile difikirkan balik, hampir 3 bulan x jumpe 'die'. Dan 3 bulan yang lalu tu la kali terakhir aku jumpe 'die'. Itu lah kali terakhir aku dengar suara 'die'. Sudah suratan takdir, aku terimanya. Mat rempit tu hanya patah kaki, bagaiman pula dengan 'die'. Tempurung kepala pecah dan terseret sejauh 50meter.
Di ke tmpat kejadian, di mana tempat dia dilanggar. Terjumpe buah manggis dan keropok leko bertaburan. Dan juga beberapa botol air kencing syaitan tu. Die tahu aku suke manggis. Senang je nak setle, xnak perbesarkan kes ke polis, just bayar 5K. Hey!!! Ko ingat 5K tu banyak sngt ke? Aku xheran la.
Selepas setahun, bile tanye kat balai polis macam mn kes tu? Adakah mat rempit sudah dihukum setimpalnye? "Maaf. Kes sudah ditutup" Jawapan yang simple, padat, pendek. Xpe, orang yang x berduit mmg layak dilayan sedemikian. Kerana rempit seorang ni la 5 orang anak kehilangan seorang bapa. Ape yang 5 orang anak tu dapat? Just dapat title 'anak yatim' supaya semua orang memberi simpati. Begitu? Berbaloi ke? simpati ke orang? Aku hanya mahu satu je. Satu je. Xbanyak pun.
"KASIH SAYANG DARI SEORANG BAPA"
p/s: Teringat kat die bile terdengar lagu hujan(sudirman).
Dugaan kasih Iqmal Danish, Zukhrina Syamimi
TANPAMU Di Sisi karya Rabihah Nur Ridhuan memaparkan kisah pilu, Zukhrina Syamimi atau Nina yang terpaksa berkahwin dengan Iqmal Danish, lelaki yang dikenali melalui laman siber ekoran kesilapan berdua-duaan dalam kereta, saat pertama kali bertentang mata.
Ekoran perkahwinan itu, Nina dibuang keluarganya apabila ibunya, Puan Shamsiah dan kakak kesayangannya, Zurin menghalaunya dari rumah kerana tidak sanggup menanggung malu atas kesalahan Nina sehingga mencemar nama baik keluarganya.
Danish yang diharapkan menjadi pelindung berubah sikap ekoran peristiwa itu, malahan segala pujuk rayu dan sikap romantiknya hilang sebaik saja mereka bergelar suami isteri, sedangkan pemuda itu selalu mengungkap kata cintanya lewat pertemuan di alam maya.
Nina dirasakan beban bagi Danish lantaran bapanya, Datuk Mat Noh sudah memberi amaran kepadanya bahawa dia akan dibuang keluarga sekiranya lelaki itu melakukan perkara yang memalukan lantaran sikap suka berfoya-foya dan tidak bertanggungjawabnya.
Sungguhpun demikian, Danish tetap membawa Nina pulang ke Kuala Lumpur kerana berasa dia bertanggungjawab menjaga keselamatan Nina yang sudah bergelar isterinya apatah lagi gadis itu masih menuntut dalam tahun akhir jurusan perakaunan di Universiti Malaya (UM), tidak mempunyai tempat tinggal selepas dibuang keluarga.
Pembaca dibawa pengarang menyelami perasaan Nina yang sering menjadi mangsa kemarahan Danish, tetapi tetap bersabar kerana beranggapan bahawa suaminya sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan serta fasa baru dalam kehidupan mereka.
Tanpa Nina sedari, Danish sebenarnya mula terpaut dengannya ketika pertama kali melihat wajah ayu Nina ketika berhubung di ruang siber, tetapi berasa berat hati untuk berterus-terang kerana takut Nina akan berubah laku serta tidak takut sekiranya perasaan itu diluahkan.
Danish juga semakin menyedari kepintaran Nina dalam bidang ekonomi dan perakaunan, malahan isterinya itu banyak membantunya dalam usah mengembangkan empayar perniagaannya walaupun Nina tidak pernah mengetahui siapa suaminya itu sebenarnya.
Perubahan positif Danish yang semakin bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan, mendatangkan rasa senang di hati Datuk Mat Noh dan Datin Rohaya, apatah lagi bapanya sudah bertugas di India bagi menguruskan masalah pelaburan di sana.
Putik cinta terus mekar bercambah dalam hati Danish terhadap Nina apatah lagi, idea bernas isterinya itu membuahkan hasil lumayan dalam pelaburan syarikatnya di wilayah Iskandar, Johor, lalu pemuda itu membawa isterinya bercuti di Cameron Highlands sebagai tanda penghargaan.
Danish juga merancang membeli rumah baru untuk mereka memandangkan rumah sewa mereka bakal diambil kembali pemilik asal yang bakal pulang dari luar negara, di samping merancang untuk membina kehidupan baru bersama-sama Nina.
Tetapi, malangnya langit tidak selalunya cerah apabila Datin Rohaya memberi khabar bahawa Datuk Mat Noh terbunuh dalam rusuhan pekerja di India hingga memaksa Danish ke sana bagi menguruskan segala hal berkaitan jenazah bapanya dan urusan perniagaan tanpa sempat memberitahu Nina.
Nina yang buntu dengan kehilangan Danish terus menanti lelaki itu, tetapi terpaksa berpindah daripada kediaman mereka kerana diarahkan oleh sekumpulan lelaki, malahan hidupnya terus berubah selepas ‘ditinggalkan’ Danish tanpa khabar berita.
Apakah yang terjadi kepada Nina dan dapatkah dia bertemu kembali dengan keluarganya? Mampukah dia bertemu kembali dengan Danish yang mencatat detik hitam dalam hidupnya? Dapatkah Danish berterus-terang kepada Nina mengenai perasaan cintanya yang disimpan sekian lama?
Wetland boleh dianggap sebagai “penapis air” bumi kita. Ia merupakan uatu benteng terhadap kemusnahan alam sekitar. Wetland Putrajaya direkabentuk untuk memperbaiki kualiti air yang mamsuki Tasik Putrajaya.
Tumubuhan-tumbuhan Wetland mempunyai beberapa fungsi iaitu :-
| sebagai penapis yang memerangkap mendapan dan lain-lain bahan apungan | |
| menyerap nutrien. | |
| menyingkirkan bahan toksid |
Dengan ini air yang mengalir melalui sel-sel wetland dibersihkan secara sistematik, sekaligus memastikan Tasik Putrajaya selamat untuk aktiviti rekreasi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi’in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntutan para ulama. Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya. Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkas. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih.”