Followers

Saturday, July 3, 2010

Rindu sama dia.

Sangat benci mereka yang merempit x tentu hala.

Di sebabkan orang sebegitu 'die' pergi.
Pergi buat selama-lamanya. Bawak moto bajet mcm pro, padahal lesen pun xde. Apa salah dia sampai engkau langgar? Engkau merempit sambil minum arak. Perlu ke bawak moto sambil minum air kencing syaitan? -----------------------------------------------------------

Malam tu 'die' call tanye bile nak balik? Dah lame x makan same2.
Bile difikirkan balik, hampir 3 bulan x jumpe 'die'. Dan 3 bulan yang lalu tu la kali terakhir aku jumpe 'die'. Itu lah kali terakhir aku dengar suara 'die'. Sudah suratan takdir, aku terimanya. Mat rempit tu hanya patah kaki, bagaiman pula dengan 'die'. Tempurung kepala pecah dan terseret sejauh 50meter.

Di ke tmpat kejadian, di mana tempat dia dilanggar.
Terjumpe buah manggis dan keropok leko bertaburan. Dan juga beberapa botol air kencing syaitan tu. Die tahu aku suke manggis. Senang je nak setle, xnak perbesarkan kes ke polis, just bayar 5K. Hey!!! Ko ingat 5K tu banyak sngt ke? Aku xheran la.

Selepas setahun, bile tanye kat balai polis macam mn kes tu?
Adakah mat rempit sudah dihukum setimpalnye? "Maaf. Kes sudah ditutup" Jawapan yang simple, padat, pendek. Xpe, orang yang x berduit mmg layak dilayan sedemikian. Kerana rempit seorang ni la 5 orang anak kehilangan seorang bapa. Ape yang 5 orang anak tu dapat? Just dapat title 'anak yatim' supaya semua orang memberi simpati. Begitu? Berbaloi ke? simpati ke orang? Aku hanya mahu satu je. Satu je. Xbanyak pun.

"KASIH SAYANG DARI SEORANG BAPA"

p/s: Teringat kat die bile terdengar lagu hujan(sudirman).

" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil".

0 orang dah ngomen: