Followers

Thursday, July 22, 2010

Berita Baik untuk cikgu

Utusan Malaysia bertarikh 23 Jun 2010 – SEMUA CALON LULUS KURSUS DISERAP GURU TETAP



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 June 2010 – Semua calon lulus diserap guru tetap.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menjalankan urusan temuduga kepada pelatih yang mengikuti kursus pra-perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebelum mereka menamatkan pengajian. Sehubungan dengan itu, setelah mereka Berjaya dalam kursus berkenaan, mereka akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred dg41 tanpa perlu dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) tertakluk kepada perakuan Suruhanjaya. Kaedah ini mula dilaksanakan pada Disember 2009 dan akan dilaksanakan sepenuhnya kepada semua pelatih daripada IPGM dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara berperingkat.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 orang dah ngomen: