Followers

Tuesday, July 30, 2013

KALAU DAH LELAKI

“Saya Terdetik Untuk Berkahwin, Bukan Kerana Zuriat” – Ashraf Muslim

ohartis-ashraf-muslim-sidang-media
Selepas isu poligami pelakon Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah hangat diperkataan, tetapi beliau mengambil langkah berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan. Sehingglah semalam telah berlangsungnya sidang media Ashraf Muslim tampil memjawab semua persoalan.
Ketika ditanya bagaimana keadaan isteri-isterinya ketika ini, Ashraf menjawab mereka berdua sudah pun berbaik malah Dayana tidak pernah meminta untuk dilepaskan.
“Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok.” (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama).
“Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna.
“Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat. Kami bukan kahwin lari sebab keluarga saya dan keluarga Sakinah ada sekali masa kami nikah.”
“Sebelum saya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi saya sudah bertanya dan meminta nasihat dengan pelbagai pihak termasuklah ustaz, pakar kaunseling dan ramai lagi.
“Saya mahu jaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai. Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya.” jelas Ashraf Muslim.
Ashraf juga memohon maaf di atas segala yang terjadi kepada semua pihak terutamanya kepada isteri-isterinya, keluarganya dan juga keluarga isteri-isterinya dan juga para peminat.
“Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat,” kata Ashraf yang mengakui kesilapannya.
“Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama,” sambung Ashraf lagi.
Ashraf turut menafikan puisi yang tersebar di laman sosial yang didakwa hasil nukilan isteri pertamanya Dayana adalah tidak benar dan ditulis oleh pihak lain.

0 orang dah ngomen: