Followers

Tuesday, January 30, 2018

2018

Alhamdulillah
Diberikan kehidupan yang sihat 
Diberikan insan2 yang sentiasa menyayangi diri ini.
Terima kasih ALLAH 
Terima kasih MAK
Terima kasih SUAMI

Azam 2018 akan cuba tidak MC
Bila kita sihat banyak benda kita boleh buat tanpa halangan.
Dengan semangat dan kesihatan yang diberikan aku akan sedaya upaya memberi komitmen dalam bidang kerjayaku.

Tahun ni kat sekolah x banyak jawatan penting yang aku pegang,
cuma agak mencabar jawatan ahli Kelab Guru.
Dah orang lantik kita jadi kita cuba sedaya upaya memuaskan hati mereka2 yang bijak lagi pandai.
Aku dilantik handle jamuan makan malam.
Cam biasa kepala ni ligat memikirkan tema dan tempat untuk dibuat hujung tahun ni.
Aku harap aku boleh buat cam dulu.
Dengan sokongan kawan2...insyaAllah #siscuba

Bab berat badan plak 
Awal tahun ni berat badan paling berat sepanjang kehidupan aku didunia.
arghhhh..... ha tu la makan sedap kan
sebab dah sihat 
hati senang 
lupa dah nak jaga berat badan kan!!

Ok kita mula dari awal 
mulakan dengan penjagaan makan dan exercise konsisten dan ikut jadual.
kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. 
xper belum cuba belum tahu.
klu dulu boleh skrg mst boleh punya kan?

Bab perancangan yang dah lama aku rancang mengenai memiliki rumah/tanah sebanyak mungkin 
Alhamdulillah mula menampakkan hasil.
Memang, memang susah nak jadi senang.
Banyak jugak dugaan dan ujian kami tempuhi sepanjang perjalanan memilikinya.
Suka duka perit sakit hanya Allah yang tahu
Orang nampak kami "wahhh untung la byk rumah sewa..masyukk"
tapi sebaliknya berdua korek sana sini memikirkan cara nak selesaikan masalah.
Pengalaman mengajar kita, dari pengalaman kita tahu dimana kelemahan kita.
Habis otai2 hartanah aku pm, aku kaji sana sini,
merapatkan diri dengan lawyer dengan orang2 berilmu bab hartanah
Akhrinya pada umur 33 tahun aku & suami memiliki 7 buah rumah.
2018 tahun untuk bertenang 
insyaALLah ada rezeki 2019 kita mula semula.

Bab anak pulak
Anak syurga kami makin membesar.
Hanya kami sahaja yang memahai kehendak dia.
Kami redo atas ketentuan Allah
Banyak yang diberi kepada kami
Banyak jugak yang kami laburkan untuknya
MASA, TENAGA, KESABARAN
Hanya mengharapkan KEAJIBAN dari illahi wahai Tuah
Mama Papa SANGGUP berkorban bersusah payah untukmu sayang
Biarlah apa orang nak kata pasal Tuah.
Kami pekakkan telingan, berlapang dada.
Telan dan hadam.

Bab keluarga pula,
Suka duka 2017 , bapak mertua aku disahkan pengidap kenser hati stge 4.
Masa tu kami sekeluarga sedih dan pilu untuk menerima pengesahkan tersebut.
Mana tak nya abah sorg yang kuat
sorg yang baik, tiba2 jatuh terduduk. 
Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH
apa yang terjadi mesti ada hikmah. Ya mesti.


0 orang dah ngomen: