Followers

Thursday, October 28, 2010

harga kereta turun!


Syarikat automotif kurangkan antara 2 hingga 11 peratus

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat automotif semalam mengumumkan harga baru kereta keluaran mereka yang membabitkan penurunan antara dua hingga 11 peratus, ekoran struktur cukai eksais dan duti import baru dalam Dasar Automotif Negara (DAN).


UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan harga kereta penumpang Toyota di Semenanjung, berkurangan antara 5.6 hingga 11 peratus bergantung kepada model, dalam usahanya menarik lebih ramai pembeli dan merangsang pasaran automotif negara.

Berdasarkan peratusan itu, harga baru model Toyota Vios 1.5G automatik yang sebelum ini dijual kira-kira RM88,000 dijangka turun sebanyak RM4,000, manakala Vios 1.5E automatik yang berharga RM81,000, berkurangan RM5,000.

Model Toyota Corolla Altis 1.8G yang sebelumnya berharga RM121,000, kini boleh dibeli pada harga kira-kira RM111,000, manakala harga Toyota Camry 2.0E turun sebanyak RM15,000 daripada harga RM149,000 sebelum ini.

Kenyataan UMW Toyota semalam bagaimanapun berkata, harga kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Avanza dan Toyota Innova akan meningkat berikutan struktur duti baru.

Harga kedua-dua model berkenaan adalah berdasarkan rangka DAN yang diumumkan kerajaan pada 19 Oktober 2005 tetapi harga kenderaan komersial seperti Toyota Hilux dan Toyota Hiace tidak berubah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Daimler-Chrysler Malaysia Sdn Bhd, Datuk Frank Steinleitner

0 orang dah ngomen: